Sebut sahaja nama Ain Edruce, satu perkara yang ramai bersetuju, ialah dia memang tidak pernah sunyi daripada perhatian, dengan tenaga yang sentiasa tinggi serta suara yang jelas.

Artikel Berkaitan: Ain Edruce & Suami Gegar Dapur Ramadan Menerusi Resipi Serasi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Baru Tiga Bulan Kenal, Hari-Hari Dia Ajak & Paksa Kahwin’ – Suami Ain Edruce

Realiti kehidupan pasangan

Tetapi bagaimana pula bila Ain, yang penuh ekspresi dan bertenaga, digandingkan bersama suaminya, Amirul Hafiz, yang terkenal dengan sifat tenang dan santai?

Jawapannya boleh disaksikan dalam program terbaharu TV3, Resipi Serasi.

Rancangan ‘lifestyle’ ini, sebahagian daripada kempen Jwanjih Kenyang, ianya bukan sekadar berkongsi resipi, tetapi turut menyingkap realiti kehidupan pasangan dengan personaliti yang berbeza sama sekali.

Kontras mereka jelas dan nyata, apabila karakter Ain sebagai seorang yang riuh, spontan, dan dramatik, manakala Amirul lebih tenang, cool, dan steady.

Apabila kedua-dua karakter ini bertemu di dapur, percikan gelak tawa memang tidak dapat dielakkan, namun semuanya sangat menghiburkan.

Di sebalik gurau senda dan detik lucu, Resipi Serasi sebenarnya menyampaikan mesej yang lebih mendalam.

Setiap hidangan yang disediakan bersama membawa cerita tersendiri, daripada detik mereka mula berkenalan, resipi turun-temurun ibu, sajian kampung halaman, hingga menu khas menyambut Syawal yang menghidupkan memori lama.

Momen & kisah dikongsi bersama

Selain itu, rancangan ini juga memberikan peluang kepada penonton melihat sisi paling jujur pasangan ini dan bagaimana mereka menghadapi perbezaan, belajar berkompromi, dan menggunakan dapur sebagai ruang dalam mengeratkan hubungan.

Dalam suasana bulan Ramadan yang sinonim dengan kebersamaan, Resipi Serasi bukan sahaja menghiburkan tetapi juga dekat dengan realiti kehidupan ramai pasangan.

Di saming itu, penonton pasti tersenyum melihat situasi yang dipaparkan kerana setiap rumah tangga mempunyai versi Ain dan Amirul masing-masing.

Sebagai sebahagian daripada kempen Jwanjih Kenyang, rancangan ini menambah kelainan kepada barisan program Ramadan TV3 dengan elemen santai dan hangat.

Ia menunjukkan bahawa kenyang bukan sekadar di meja makan, tetapi juga daripada momen dan kisah yang dikongsi bersama.

Resipi Serasi sudah mula bersiaran pada 22 Februari, setiap Ahad jam 3.00 petang di TV3 dan juga boleh distrim melalui platform Tonton.