berita

“River Challenge” Maya Karin Pula Jadi Trending, Siapa Lagi Nak Selfie Dalam Sungai?

February 8th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bersempena pelantikan sebagai duta ikon River of Life (ROL), pelakon  Maya Karin telah memuatnaik gambar profil di akaun Twitter menggambarkan beliau sedang menikmati keindahan sungai dengan hashtag #riveroflife.

Melalui perkongsian tersebut, Maya berjaya  mencuri tumpuan netizen apabila netizen mula memuatnaik foto seakan meniru gaya pelakon tersebut malah ada yang lebih kreatif dan menarik.

Nasib tak lemas

Terlentok pun ada

Tunjuk lidah pun boleh

Posing maut pun ada

Ada juga netizen yang turut berkongsi video

https://platform.twitter.com/widgets.js

Menerusi Astro Awani, Maya dilantik selaku duta ROL oleh Kementerian Wilayah Persekutuan selama setahun bermula bulan ini.

Menzahirkan rasa syukur, Maya terharu kerja amal yang dilakukan dalam menjaga alam sekitar diiktiraf pelbagai pihak.

Sumber: Twitter Maya Karin , Astro Awani