berita

‘RM2 Juta Seperti Wang Poket Sahaja’ – Tengku Adnan Nafi Terima Suapan Pada 2016

March 5th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan juga merupakan Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi atas pertuduhan menerima suapan sebanyak RM2 juta. Menurut laporan Awani, beliau menegaskan bahawa tidak perlu untuk mengambil RM2 juta tersebut untuk kegunaan peribadi kerana jumlah tersebut seperti ‘wang poketnya’ sahaja.

Kes berlaku pada tahun 2016

Beliau dikatakan telah mendahulukan wang sebanyak RM2 juta untuk tujuan jentera pilihan raya Barisan Nasional semasa Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 2016. Beliau turut dikhabarkan menerima derma politik seperti yang dijanjikan oleh Chai yang merupakan rakan ahli perniagaan sejak 30 tahun lepas.

Namun, Chai tidak dapat berikan wang tersebut dalam masa singkat dan memintanya untuk mengeluarkan cek atas nama syarikat beliau iaitu Tadmansori Holdings bagi menggantikan semula wang peribadinya yang digunakan untuk tujuan pilihan raya kecil itu. Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 14 Jun 2016 di CIMB Bandar Damansara.

Macam wang poket sahaja

Ia (RM2 juta itu) tidak (mempunyai nilai terlalu tinggi). Bagi saya ia seperti wang poket sahaja.

Walau bagaimanapun, beliau mengatakan bahawa jumlah RM2 juta itu seolah-olah ‘wang poket’ baginya kerana beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya sebelum menceburi bidang politik. Ketika sesi pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwaraya Julia Hamzah di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Ahli Parlimen Putrajaya itu sekali menegaskan, wang yang diterima dari Pengarah Urusan Tan Sri Chai Kin Kong itu adalah derma politik.

Tengku Adnan berkata, beliau sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan Julia bahawa beliau menerima wang itu untuk kegunaan peribadi beliau.

Sumber: Awani

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×