berita

RM4.9 Juta Tersilap Masuk Akaun, Wanita Joli Sakan Siap Beli Rumah, Kereta Baru

April 14th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Foto kredit : Jefferson Parish Sheriff’s Office

Seorang wanita telah didakwa atas pertuduhan melakukan pencurian kerana tidak mahu mengembalikan wang berjumlah £870,000 (RM4.9 juta) yang tersilap dimasukkan ke dalam akaun banknya itu.

Beli rumah dan kereta baru

Sekadar gambar hiasan

Kelyn Spadoni telah ditangkap di New Orleans, Lousiana pada hari Rabu atas tuduhan kecurian yang bernilai lebih dari $25,000 (RM103,300), penipuan bank serta memindahkan wang secara haram. Wanita yang berumur 33 tahun itu, telah membelanjakan wang tersebut untuk membeli rumah serta kereta baru daripada memulangkan semula wang berkenaan.

Pihak polis mengatakan kesilapan termasuk akaun bank Spadoni adalah disebabkan oleh bahagian kerani yang menyebabkan syarikat perkhidmatan kewangan Charles Schwab telah memasukkan £870,000 (RM4.9 juta) ke dalam akaun Spadoni pada Februari lalu.

Walau bagaimanapun, nilai sebenar yang sepatutnya dipindahkan ke dalam akaunnya adalah hanya £60 (RM341) sahaja.

Sumber : Dailystar

SKIP THIS AD ×