berita

‘RM40 Sebulan Itu Nampak Sedikit Tetapi…’ – Wan Agyl

December 3rd, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan potongan gaji dari setiap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan RM2,000 akan bermula pada 1 Januari 2019. Tambahnya lagi, buat masa ini jalan terbaik yang dapat ditawarkan kerajaan ialah potongan serendah RM40 bagi setiap peminjam bergaji RM2,000.

Pengarah Strategik Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Agyl Wan Hassan menerusi Debat Awani berkata RM40 itu nampak sedikit tetapi sebenarnya dapat menyumbang kesan besar kepada sosioekonomi graduan.

RM40 mungkin sedikit

Nilai RM40 itu mungkin sedikit. Tapi jangan samakan graduan dengan kita. Dengan gaji RM2,000, RM40 itu akan dipotong. Nilai RM40 yang dipotong itu, jika saya tambahkan RM60, saya boleh beli kad bantuan pengangkutan awam.

Wan Agyl Wan Hassan menegaskan bahawa potongan RM40 daripada gaji peminjam yang bergaji RM2,000 mungkin merupakan perkara remeh buat golongan bekerja tetapi berbeza dengan graduan. Malah, potongan RM40 sebulan itu mungkin nilainya agak besar buat mereka yang baru saja bekerja.

Benda macam ini nampak seperti kecil, tetapi RM40 mungkin nilainya berbeza dengan graduan-graduan yang sedang atau baru mula bekerja.

Bawa kesan yang besar buat graduan

Bayangkan jika gaji saya RM5,000, pemotongan 15 peratus yang dikenakan akan memotong gaji saya sebanyak RM750. Itu belum dikira potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan potongan cukai pendapatan. Berapa banyak potongan yang dikenakan ke atas graduan-graduan kita hari ini? RM40 itu nampak sedikit tetapi sebenarnya bawa kesan yang besar kepada sosioekonomi graduan.

Pengarah Strategik Pergerakan Pemuda UMNO mengatakan potongan ini belum mengambil kira peningkatan potongan secara berkata yang sehingga 15 peratus, mengikut kenaikan gaji peminjam tersebut.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×