berita

RM50k Untuk Penerima Vaksin Alami Kesan Serius, RM500k Jika Hilang Upaya Atau Meninggal

March 22nd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan bagi kesan mudarat vaksin COVID-19 untuk rakyat serta warga asing.

RM50,000 jika berlaku kesan sampingan yang serius

Kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan rakyat serta penerima vaksin COVID-19 dan terus berusaha meningkatkan keyakinan masyarakat bagi menerima vaksin COVID-19.

Jika berlaku kesan sampingan yang serius kepada penerima vaksin COVID-19 yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital, kerajaan akan memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM50,000.

RM500,000 jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian

sekadar gambar hiasan

Bantuan sebanyak RM500,000 akan diberikan sekiranya penerima vaksin hilang upaya kekal ataupun kematian yang disebabkan oleh vaksin COVID-19 tersebut.

Kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan dana permulaan sebanyak RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk tujuan bayaran bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19 tersebut.

Penubuhan 3 jawatankuasa di peringkat Kementerian

Foto : ISMAWeb

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan 3 jawatankuasa bagi memantau dan menilai kesan mudarat susulan imunisasi serta isu keselamatan yang berkaitan dengan vaksin.

Antara jawatankuasanya adalah Jawatankuasa Farmakovigilans Khas bagi Pemantauan Vaksin COVID-19 bagi memantau dan menilai kesan mudarat susulan imunisasi (AEFI) dan isu keselamatan berkaitan vaksin

Jawatankuasa Teknikal Perubatan adalah untuk menentukan sama ada kes permohonan bantuan khas kewangan mempunyai hubung kait dengan vaksin.

Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kwangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 adalah untuk memberi kelulusan bantuan khas kewangan berdasarkan keputusan kedua-dua jawatankuas.

Bantuan Khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19 ini akan diberikan kepada penerima vaksin terkesan setelah dinilai oleh 3 jawatankuasa terbabit yang mana bayaran akan dibuat oleh NADMA kepada penerima vaksin yang terkesan.

Sumber : KKM

SKIP THIS AD ×