Menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, pastinya rata-rata antara kita ingin pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibu bapa. Namun begitu, hasrat untuk pulang ke kampung perlu dilupakan oleh kerana negara kita masih berdepan dengan wabak Covid-19.
Terbaru menerusi laporan Harian Metro, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang dikesan cuba merentas negeri bertujuan pulang ke kampung bagi menyambut Ramadan.
Undang-undang terus diambil
Foto hiasan
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman iaitu Datuk Zainal Abidin Kasim memaklumkan pihak berkuasa akan menjalankan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya dan mana-mana individu yang mempunyai dokumen perjalanan lengkap dibenarkan merentas negeri.
Pelbagai cara digunakan orang awam untuk rentas negeri balik ke kampung jadi di peringkat PDRM kita akan memperketatkan semua pemeriksaan di SJR bagi memastikan tiada yang terlepas.
Kalau ada terjumpa juga, tiada nasihat diberikan malah tindakan undang-undang akan terus diambil ke atas individu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).
‘Kita akan tengok jumlah peningkatan kes’
Foto hiasan
Adakah kita akan terus kekal sebegini selamanya kerana masih terdapat sikap tidak mengambil berat akan SOP. Jadi sama-sama patuh SOP supaya kita dapat balik raya.
Kita akan tengok jumlah peningkatan kes harian Covid- 19 kalau meningkat, maknanya kita akan menambah SJR.
Sumber: Harian Metro