berita

Roadshow DR.KO Dermaceutical X Spritzer Kini Adakan “Personal Consultation” Bersama DR.KO Chung Beng!

November 30th, 2023 | by Anis Suraya
Kini Trending

Bermula 27 November yang lepas DR.KO Dermaceutical kolaborasi bersama Spritzer telah mengadakan roadshow di LG2 Central Avenue, Sunway Pyramid sehingga 3 Disember ini.

Roadshow yang dijalankan selama seminggu itu adalah bagi pelancaran semula rangkaian KO Dermacare oleh DR.KO Dermaceutical dan meraikan kerjasama bersama Spritzer, jenama Air Mineral Semulajadi Kaya Silika yang terkenal di Malaysia.

Apa yang menarik di sana?

Perjalanan #DewItForYourSkin 

Pengunjung yang hadir boleh sertai perjalanan penghidratan aktif dengan melengkapkan empat kaunter yang disediakan untuk dapat set percubaan DR.KO Dermaceutical yang bernilai RM68 dan sebotol Air Mineral Semulajadi Kaya Silika Spritzer.

Konsultasi langsung daripada CEO & Founder DR.KO

Korang yang teringin nak tahu condition kulit wajah bolehlah hadirkan diri dan yang paling special korang berpeluang untuk dapatkan konsultasi peribadi oleh pengasas DR.KO Dermaceutical iaitu Dato’ Dr. Ko Chung Beng.

Beliau akan hadir pada 3 November 2023 hari Ahad ini jam 2 hingga 4 petang dan korang boleh lah dapatkan konsultasi secara berhadapan semasa roadshow tersebut.

Tawaran Hebat untuk Penjagaan Kulit yang Luar Biasa!

Selain itu, korang boleh nikmati diskaun dan promosi istimewa sehingga 35% daripada DR.KO Dermaceutical serta hadiah menarik.

Syaratnya korang kenalah dapatkan langganan Air Spritzer sepanjang acara dan bawa pulang produk penjagaan kulit kegemaran korang pada harga yang tidak dijangka-jangka!

So jom sertai mereka di #DewItForYourSkin di Sunway Pyramid untuk dapatkan maklumat penjagaan kulit, memanjakan kulit dan menikmati tawaran eksklusif yang tersedia. 

Jangan lupa untuk follow mereka di media sosial @drkodermaceutical dan @spritzerwater untuk maklumat kini roadshow dan kandungan di belakang tabir.

SKIP THIS AD ×