berita

Robek Perut Ambil Organ Dalaman, Kucing Jadi Mangsa Pemujaan Atau Pemakan Daging Haiwan?

August 11th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Tindakan manusia menganiaya binatang adalah sangat tidak bertanggungjawab dan kejam. Mereka bertindak di luar kawalan sehingga sanggup membunuh haiwan comel ini.

Ditemui hanya beberapa meter daripada rumah kediaman, Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association mendedahkan seekor kucing menjadi mangsa tangan ‘jahat’ manusia apabila ditemui dalam keadaan menyayat hati.

Perut dirobek

Inilah keadaan sebelum dan selepas kucing yang dilapah oleh pembunuhnya di Bandar Kinrara, Puchong Selangor.

Apalah dosa sebesar mana sangatlah kesalahan kucing betina ini hingga sanggup pelaku merobek perutnya untuk organ dalaman seperti jantung, paru.paru, hati dan buah pinggang? Manakala bahagian tengkoraknya hilang dan hanya tinggal kulit kepala lengkap dengan hidung dan teinganya. Darahnya juga kering dan tiada tompokan darah dimana-mana kawasan dia ditemui.

Si Kucing Kinrara ini ditemui pemilik hanya beberapa meter di belakang rumah kediamannya. Adakah Kucing Kinrara menjadi mangsa pemujaan? Atau pemakan organ dan isi kucing?

Animal Malaysia masih menanti jawapan daripada siasatan sekeliling. Diharapkan kita mendapat petunjuk dan mempunyai saksi kejadian. Kucing Kinrara bukan mati disebabkan kejdian biasa atau serangan haiwan lain. Cara torehan dan potongan adalah hasil tangan manusia.

Mana-mana saksi yang ada maklumat aktiviti pembunuhan ini boleh hubungi whatsapp hotline Animal Malaysia +601120901097.

Bahagian perutnya dirobek untuk mengeluarkan jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang. Manakala bahagian tengkorak juga hilang, yang tinggal hanyalah kulit lengkap dengan hidung dan telinga.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil memberi kerjasama untuk mencari pelaku yang bertanggungjawab.

Mohon balasan setimpal

Sumber : Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×