berita

Rogol & Buang Mayat Jiran Bisu Dalam Tangki Najis, Suspek Sempat Sedekah Wang Curi Supaya Roh Mangsa Tenang

September 17th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki di Indonesia tergamak membunuh jirannya yang bisu sebelum bertindak memperkosa mayat mangsa dalam satu kejadian pada 10 September lalu.

Bunuh, rogol mayat

Memetik laporan Jatim Tribunnews, perbuatan kejam suspek terbongkar susulan penemuan mayat seorang wanita tanpa seurat benang di dalam tangki najis pada 13 September. Berikutan daripada itu, pihak polis mula menjalankan siasatan lanjut dan akhirnya berjaya menahan suspek pada 14 September.

Menurut sumber, suspek yang berusia 33 tahun itu disyaki memecah masuk rumah mangsa yang juga merupakan jiran tetangganya. Namun perbuatan suspek disedari oleh mangsa. Suspek yang panik akhirnya nekad untuk melemaskan mangsa hingga tidak sedarkan diri.

Sedekah wang curi, harap roh mangsa tenang

Tidak terhenti di situ, suspek yang tidak berperikemanusiaan itu tergamak merogol mangsa yang pada ketika itu sudah tidak bernyawa. Lebih kejam, suspek kemudiannya cuba menghapuskan mangsa dengan cara membuang mayat mangsa ke dalam tangki najis.

Semasa soal siasat, suspek mengaku telah menjual barangan milik mangsa yang dicurinya. Wang tersebut kemudian disedekahkan untuk tujuan supaya roh mangsa tenang.

Suspek didakwa kerana membunuh dan jika disabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Sumber: Jatim Tribunnews

SKIP THIS AD ×