Seorang lelaki berusia 51 tahun di Indonesia ditahan polis selepas mengaku merogol cucu tirinya sehingga mangsa kini berbadan dua.
Artikel Berkaitan: Pelawak Berusia Lingkungan 40 Tahun Ditahan Polis Disyaki Rogol Gadis
Artikel Berkaitan: Lelaki Mengaku Makan Daging Kawan Baik Selama 2 Hari, Kantoi Lepas Buang Mayat Di Taman – ’32 Tahun Tunggu, Itu Adalah Momen Bersejarah Aku’
Rogol cucu tiri sampai hamil 5 bulan
Memetik laporan Kompas, perbuatan keji itu hanya terbongkar selepas mangsa yang berusia 13 tahun itu disahkan hamil. Susulan daripada penahanan yang dilakukan, suspek yang juga merupakan datuk tiri mangsa mengaku telah merogol remaja itu sebanyak 12 kali dalam tempoh setahun.
Suspek juga mengaku tidak dapat menahan nafsu setiap kali melihat cucunya itu berpakaian mencolok mata di rumah. Ketika ketiadaaan isterinya di rumah, suspek mula melakukan perbuatan kejinya itu dan suspek dikatakan memaksa dan mengugut mangsa untuk mengikut kehendaknya.
Difahamkan, mangsa yang kini berada dalam keadaan trauma sedang menerima rawatan manakala suspek ditahan polis dan bakal dijatuhi hukuman penjara maksimum selama lima tahun.
Sumber: Kompas