berita

Rogol & Rakam Video Gadis Instafamous, 3 Sekawan Akhirnya ‘Kantoi’

September 9th, 2018 | by faris
Kini Trending

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Peribahasa ini memberi maksud penyesalan yang berlaku setelah keterlanjuran perbuatan tidak ada lagi gunanya kerana kerosakan telah pun berlaku.

Kerana terlalu mengikutkan nafsu serakah, 3 sekawan didakwa di Mahkamah Taiping atas dakwaan merogol seorang gadis bawah umur bulan lalu.

Tak mengaku bersalah

Tertuduh, Muhammad Saifuan Abdul Aziz, Mohamad Shah Izzwan Azizuddin dan Muhammad Azrul Ahmad Tarmizi mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan dan meminta untuk dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa merogol secara berkumpulan ke atas mangsa yang berusia 15 tahun di bilik No 3, Motel Wonderful, Taiping, antara 5.25 pagi dan 11 pagi pada 17 Ogos lalu.

Rakam video rogol mangsa

Mohamad Shah Izzwan, Muhammad Saifuan dan Muhammad Azrul didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Che Noralashiken Abd Razak membenarkan jaminan RM8,000 setiap seorang bersama seorang penjamin dan menetapkan 23 Oktober ini bagi kes pengurusan.

Tertuduh juga turut merakam perbuatan terkutuk itu dan video mereka turut tersebar di laman sosial. Mangsa dirakam tidak sedarkan diri dipercayai khayal dirogol oleh beberapa orang lelaki yang tidak ditonjokan wajah mereka. Mangsa juga merupakan seorang ‘instafamous’ dengan puluhan ribu pengikut di Instagram.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.

Most Read Today