berita

Ronan Keating Bakal Muncul Di Malam Kemuncak “Bella Awards 2013”

February 21st, 2013 | by Ai
Kini Trending

Ronan Keating

Nampaknya cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi bakal berlangsungnya acara penganugerahan penuh berprestij ‘Bella Awards 2013.’

Anugerah yang pertama kali di adakan di Malaysia ini adalah untuk memberi penghormatan, mengiktiraf serta meraikan golongan wanita di negara ini dan ianya sangat sesuai dengan kedatangan Hari Wanita Sedunia pada bulan Mac akan datang.

Jika anda nak tahu, acara penganugerahan ini bakal dimeriahkan lagi dengan penampilan khas penyanyi kacak dari luar negara yang terkenal dengan lagu “When You Say Nothing at All” iaitu Ronan Keating.

Sewaktu acara berlangsung, Ronan difahamkan akan mengadakan sebuah persembahan istimewa di acara karpet merah (Sparkle Carpet) dan penyanyi ini juga bakal mengadakan sebuah kejutan. Agaknya kejutan apa ya yang bakal ditampilkan oleh penyanyi ini ya?

Sekiranya anda ingin tahu, jangan ketinggalan untuk menonton ‘Bella Awards 2013’ menerusi kaca televisyen anda pada 2 Mac ini tepat jam 8.30 malam di saluran ntv7 dan TV9.

Sempena kedatangan Ronan Keating ke acara penganugerahan ini, OHBULAN! sendiri berasa sangat teruja dan tidak sabar untuk menantikan malam kemuncak acara tersebut.

Maklum sahaja ini adalah acara majlis anugerah pertama buat kaum wanita di Malaysia, dan pastinya ia bakal menjanjikan satu pengalaman yang luar biasa.

Bagi peminat-peminat lagu “When You Say Nothing at All,” di sini OHBULAN! ingin selitkan video klip lagu tersebut nyanyian Ronan Keating buat tatapan anda semua. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×