berita

Rosmah Kena Tahan SPRM

October 3rd, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Pada jam 3.20 petang tadi, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan pengubahan wang haram. Menerusi Berita Harian, Rosmah disoal siasat berhubung syarikat subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd.

Disoal siasat berhubung kes IMDB

Datin Seri Rosmah Mansor telah ditahan jam 3.20 petang ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut SPRM, mereka mengesahkan telah mendapat izin mendakwa Rosmah daripada Pejabat Peguam Negara. Penahanan Rosmah adalah bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.

Susulan itu, Rosmah akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Rosmah akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok pada jam 8 pagi untuk menghadapi pertuduhan terbabit.

Respon netizen

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×