berita

Rossa Pernah Dibuang Sekolah Gara-Gara Sikap Aneh Suka Gigit Rakan

August 4th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi Indonesia, Rossa mendedahkan sikap ‘aneh’ yang sering menjadi kebiasaannya sewaktu di sekolah sehingga rakan-rakan yang lain berasa kurang senang terhadap dirinya.

Suka gigit rakan

Menerusi laporan Suara.com, Rossa memberitahu dia sangat nakal sewaktu berada di bangku sekolah. Ini kerana, dia suka menggigit rakan-rakannya sehingga mereka berasa takut untuk mendampinginya. Tambah Rossa, dia tidak tahu dari mana datangnya sikap sebegitu.

Waktu kecil masa saya di sekolah, saya suka gigit orang. Saya akan gigit mereka sampai mereka rasa takut.

Lebih teruk, Rossa mengaku dia pernah ‘dibuang’ sekolah gara-gara sikap suka menggigit. Ujarnya, rata-rata ibu bapa dan pihak sekolah berasa terancam dengan sikap nakal seorang anak perempuan pada waktu itu. Rossa turut menyatakan sikap tersebut telah lama hilang dalam dirinya.

Saya hanya akan menggigit kadang-kadang sekiranya untuk suka-suka.

Sumber: Suara.com

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×