Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa bakal menggegarkan Axiata Arena pada 14 Jun ini selepas kejayaan luar biar di Indonesia yang dipenuhi dengan lautan peminat seramai 12,000.

Artikel Berkaitan: Penuh Kejutan, Rossa Kembali Dengan Konsert ‘Here I Am’, Gegar Axiata Arena 14 Jun Depan

Artikel Berkaitan: Rossa Dah Lebih 10 Tahun Tak Beli Baju Raya – ‘Setiap Kali Lebaran Rakan-Rakan Designer Akan Hadiahkan’

Rossa bawa keajaiban

Kehadiran Rossa di Konsert Here I Am merupakan simbolik penghormatan istimewa buat peminat setianya di Malaysia.

Malaysia sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam hidup dan kerjaya saya.

Di negara ini, kerjaya nyanyian saya mekar dan berkembang sehingga nama Rossa dikenali pencinta muzik serantau.

Here I Am bukan sekadar sebuah konsert, malah ianya sebuah hadiah dan perayaan cinta saya kepada peminat yang selama ini begitu teguh menyokong perjalanan seni saya.

Hael Husaini & The Ladies sebagai tetamu istimewa

Selepas kejayaan luar biasa di negara kelahiran, Rossa bakal ditemani tetamu istimewa iaitu Hael Husaini dan The Ladies.

Saya sangat menghormati dan mengagumi bakat luar biasa Hael yang memberikan ‘jiwa’ dalam setiap lagu yang disampaikan.

Setiap bait yang dinyanyikan Hael memiliki ‘rasa’ dan itu perkara utama yang saya cari dalam kolaborasi.

Sementara itu, The Ladies pula bukan sekadar gabungan vokal sebaliknya merangkumi cerita, kekuataan dan cinta terhadap muzik apabila kami bersatu.

Konsert Here I Am ini bakal menjadi lebih istimewa dengan kemunculan barisan rakan seni seperti Ariel Noah dan Ernie Zakri.

Kemunculan MK K-Clique juga bakal menyuntik tenaga muda dan dinamik pada malam bersejarah itu.

Harga tiket bermula dari RM228 sehingga RM788 yang boleh didapati di laman sesawang www.ticket2u.com.my.