berita

Rosyam Nor Hargai Orang Ramai, Tawarkan Baucar Hadiah RM100,000 Pada Yang Bertuah

October 20th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Rosyam Nor

Umum mengetahui, aktor popular Datuk Rosyam Nor telah pun membina empayar perniagaannya dengan mengusahakan rangkaian pasar raya yang dinamakan ST Rosyam Mart.

Artikel Berkaitan: ‘Perempuan Bila Bekerjaya, Dah Banyak Duit, Dia Berlagak’ – Rosyam Nor

Artikel Berkaitan: Timang Cucu Kelima, Rosyam Nor Syukur – ‘Hadiah Besar Dari Allah Pada Bulan Ramadan’

Baucar RM100,00

Rosyam Nor

Setelah lima tahun beroperasi menerusi pembukaan tujuh cawangan di sekitar Lembah Klang, kini ST Rosyam Mart tampil menawarkan hadiah dalam bentuk baucar hadiah bernilai RM100,000 kepada pelanggan bertuah.

Syaratnya mudah saja, pelanggan harus menjadi ahli dengan mendaftar menggunakan aplikasi ST Card.

Kemudian, berbelanja di pasar raya ST Rosyam Mart dengan nilai minimum RM200 sebulan dan selepas itu, anda layak menyertai peraduan ini.

Namun diingatkan, pembelian barang-barang subsidi kerajaan seperti beras, minyak masak dan seangkatan dengannya tidak diterima.

Menurut kenyataan itu lagi, peraduan Peraduan Beli & Menang Baucar Hadiah RM100,000 tersebut akan berlangsung selama tiga bulan bermula Oktober ini hingga Disember hadapan.

Senarai nama pelanggan yang telah dipilih selaku pemenang bulanan akan diumumkan di sosial media rasmi ST Rosyam Mart dan ST Food Mart.

Pelbagai hadiah

Rosyam Nor

Mengulas lanjut, hadiah baucar yang ditawarkan dibahagikan kepada dua kategori iaitu untuk pemenang utama dan pemenang saguhati pada setiap bulan.

Justeru, pihak ST Rosyam Mart mengalu-alukan penyertaan orang ramai terutama daripada para pelanggan setia mereka, sekali gus merebut tawaran menangi baucar tunai dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000.

Untuk menyemak senarai lokasi premis cawangan, sila layari laman sesawang www.sriternak.com atau ikuti laman sosial rasmi mereka di semua platform sedia ada.

SKIP THIS AD ×