berita

Rosyam Nor Respon Isu Perbalahan Syamsul & Amani

October 10th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Lunch With Media Prima-15

Selasa lalu, OHBULAN! ada melaporkan mengenai isu perbalahan antara pengarah filem KL Gangster 2, Syamsul Yusof dan Sharifah Amani di laman sosial masing-masing. Menerusi perbualan tersebut, Amani telah mempertikaikan mengapa filem arahan Syamsul boleh diklasifikasikan kepada PG13 sedangkan filem tersebut mempunyai unsur-unsur negatif berbanding filem lain.

Artikel Berkaitan :

Susulan daripada insiden itu, Rosyam Nor yang juga merupakan salah seorang pelakon filem KL Gangster 2 telah menyatakan bahawa, isu seperti itu tidak sepatutnya timbul. Baginya tidak salah untuk mengajak kanak-kanak menonton filem tersebut di pawagam sebab rata-ratanya telah menonton filem itu lebih awal di rumah.

Saya memang suka dapat PG13 sebab semua orang boleh tengok filem KL Gangster 2 di pawagam. Kalau nak tahu, sebelum filem itu keluar di pawagam, ramai budak-budak dah panggil saya dengan gelaran Tailong.

Kalau tak dapat PG13 pun filem ini dah bocor awal dan budak-budak memang ramai dah tengok di internet. Jadi, kita harap pihak berkuasa perlu memantau kenapa mesti ada isu cetak rompak. Kalau dah ada benda-benda macam ini, rasanya tak salah untuk bawa budak-budak tengok filem tersebut di pawagam.

Tak ada isu yang perlu dibesarkan dan tak perlu bergaduh. Lagipun ini semua untuk industri kita juga.

Movie KL Gangter 2-34

Rosyam Nor lebih bersifat neutral

Mengulas lebih lanjut mengenai pertikaian tersebut, timbul juga persoalan di kalangan pihak media, adakah filem KL Gangster 2 mendapat sebarang kelebihan berbanding filem lain?

Namun begitu, Rosyam telah menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa, sebagai penerbit mereka layak membuat rayuan sekiranya tidak berpuas hati dengan genre klasifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.

Tak ada apa-apa kelebihan yang diberikan untuk filem KL Gangster 2 sebab filem itu dah ditonton awal oleh kebanyakan penonton. Sebagai penerbit, sepatutnya mereka harus tahu bagaimana nak mempromosikan filem masing-masing. Jadi,  mereka tak boleh bising jika filem sendiri tidak diklasifikasikan kepada PG13 atau PG18.

Sepatutnya isu-isu seperti ini harus diketengahkan kepada pihak censored board. Sebagai penerbit, mereka boleh membuat rayuan dengan memberikan hujah-hujah serta kertas kerja yang bagus untuk dibentangkan kepada pihak berkenaan. Tambahan pula, censored board mempunyai panel rayuan mereka sendiri untuk memantau isu-isu seperti ini.

Selain itu, pelakon berpengalaman ini turut menyatakan bahawa isu perbalahan antara Syamsul dan Amani bukanlah satu perkara yang serius.

Bagi Rosyam, mereka hanya meluahkan perasaan dan pendapat masing-masing. Sebagai individu yang lebih berpengalaman dalam bidang industri, dia akui tidak menyebelahi mana-mana pihak dan lebih selesa untuk bersifat neutral.