berita

Rosyam Nor Salahkan Pelakon Jika Drama “Trilogi Cinta 2” Tak Berjaya

August 30th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Drama “Trilogi Cinta” sebelum ini pernah mencipta kejayaan yang memberangsangkan apabila berjaya mencatatkan rating hampir 2 juta penonton setiap episod ketika ditayangkan di Tv1.

Kini, drama ini kembali semula dengan “Trilogi Cinta 2” kesinambungan dari siri yang pertama. Ia mengisahkan tentang rumahtangga Norjinah (Fouziah Ghous) dengan Razif (Rosyam Nor). Hubungan Norjinah dan Razif diuji sekali lagi.Bagaimana Norjinah menghadapinya? Manakalah adik Norjinah pula, iaitu Norseha sudah berubah. Selepas kelahiran anak pertamanya, dia yang baru saja bernikah ingin berpisah dengan suaminya. Apakah yang akan jadi selepas ini?

Dalam sidang media yang diadakan di FINAS, pengacara majlis turut memetik kata-kata azimat dari Rosyam Nor sendiri. Rosyam menegaskan bahawa filem ini sememangnya mempunyai aura yang tersendiri dan mampu memikat hati penonton dengan jalan cerita yang menarik.

“Kalau drama ini tidak berjaya, bukan salah skrip atau pengarah, tapi salah pelakonnya.” – Rosyam Nor.

Siri baru “Trilogi Cinta” ini juga bakal menampilkan watak-watak baru yang akan dipegang oleh Rita Rudaini dan juga Rebecca Nur Islam. Selain itu, Rosham turut menampilkan 4 orang pelakon baru dari Pilih Kasih 3 dan juga 2 orang dari Pilih Kasih 2. Drama ini berkemungkinan mampu memberikan mereka pendedahan yang lebih kerana ia mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Rosyam menjelaskan, “Saya sasarkan rating lebih dari 2 juta penonton. Saya berani cakap juga yang musim kedua Trilogi Cinta lebih bagus dari musim pertama.”

Dalam pada itu, sebuah novel yang diadaptasi dari siri pertama “Trilogi Cinta” berjudul “Yang Indah Hanya Mimpi” turut dilancarkan. Apa yang menarik, ini adalah kali pertama sebuah novel diadaptasi dari drama berbanding drama ataupun filem yang selalunya diadaptasi dari novel.

Drama ini akan mula ditayangkan bermula 6 September ini setiap hari Khamis & Jumaat, pukul 10 malam di Tv1.

SKIP THIS AD ×