berita

Rosyam Nor Timang Cucu Pertama

February 6th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Rosyam Nor

Tahniah diucapkan kepada Datuk Rosyam Nor dan isterinya yang telahpun selamat menimang cucu pertama mereka hari ini.

Bayi perempuan yang diberi nama Hanan Adraa Mohd Hafiz itu merupakan cucu pertama hasil perkahwinan anak perempuan Rosyam,  Arniesha Azureen dengan suaminya Mohd Hafiz.

Cucu Rosyam Nor

Foto cucu pertama Datuk Rosyam Nor

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Rosyam sendiri melalui laman sosial Instagram miliknya dan mendapat ucapan tahniah dari beribu peminatnya.

Walaupun Rosyam Nor kini bergelar datuk, tetapi bagi OHBULAN, Rosyam tetap kelihatan awet muda, segak dan bertenaga seperti muda belia.

Untuk pengetahuan anda, anak perempuan Rosyam Nor, Arniesha Azureen telah bernikah dengan jejaka pilihan Mohd Hafiz Pada 12 Mei 2013 yang lalu.