berita

Roti Boleh Buat Baja? Ini Rahsia Tanaman Subur Dengan Bajet Murah

February 13th, 2019 | by Ai
Make-It-Senang

baja semulajadi

Setiap orang mempunyai hobi yang berbeza-beza. Bagi anda yang menjadikan aktiviti berkebun sebagai hobi, anda adalah seorang yang suka akan keindahan alam. Jangan tak tahu, hobi berkebun ini merupakan salah satu terapi untuk menenangkan diri sambil bersantai bersama keluarga tersayang.

Biasanya, aktiviti berkebun akan dimanfaatkan dengan menanam pelbagai tanaman dan sayuran yang bukan saja memberi kepuasan malah menghidangkan panorama indah dan menyejukkan pandangan. Bagi anda yang mempunyai hobi berkebun, mungkin perkongsian oleh Intan Suhana mengenai petua ringkas menyuburkan tanaman ini amat bermanfaat.

Buat baja sendiri guna roti

baja semulajadi

Gara-gara kebun keliling rumah menunjukkan perkembangan yang sihat dan positif, mak happy sangat. Maka mak rasa nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya.

Kak intan panggil resipi ini ‘baja roti’. Kalau ikutkan nama sebenarnya MOL (Mikroorganisma Lokal). Kos nya murah amat. Hanya perlukan air dan roti yang sungguh enak dimakan begitu saja haha.

Cara nak buat pun mudah aje. Tak perlu guna tenaga beria. Dah jadi nanti, cuma siram dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, pucuk baru makin meriah, daun bukan main hijau, kemudian kalau yang tak pernah berbuah tu nampak dah mula keluarkan buah.

Cara nak buat ‘baja roti’

baja semulajadi

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Sekeping roti yang masih baik
  • Air sebanyak 1.5 liter

Bab air sangatlah penting, bukan sebarang air boleh anda gunakan untuk buat baja ini.

  • Air hujan atau air basuhan beras saja tau.
  • Kalau nak guna air paip, sila dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat hilangkan/ kurangkan kandungan klorin.
  • Ramai yang tanya pasal air ini. Disebabkan sekarang kebanyakan kita dah ramai yang pakai penapis air di rumah, tiada masalah pun nak guna air paip andai kita sedia maklum bahawa penapis air kita itu boleh menyingkirkan kandungan klorin.
  • So, silalah gunakan air Coway, air Cuckoo dan yang sewaktu dengannya.

Koyak-koyakkan roti

baja semulajadi
Koyak-koyakkan roti dan masukkan dalam botol, kemudian masukkan air. Pastikan air yang digunakan bukan lah air yang berklorin ye. Sebaiknya guna air hujan atau air basuhan beras.

baja semulajadi

Kak intan gunakan air hujan yang ditadah khas untuk siram pokok-pokok keliling rumah ni ha.

Peramkan selama 7 hari

baja semulajadi

Kemudian peram, letak di tempat gelap. Kak intan letak kat dalam kabinet dapur bawah sinki.

Minimum peram 4 hari pun dah ok. Tapi, paling efektif minimum peram selama 7 hari. Pastikan selepas setiap 3 hari pastikan penutup botol dibuka bagi mengeluarkan gas yang terhasil akibat proses peraman atau penapaian ni. Saintifik sikit bunyi nye kan?

Kalau lupa buka penutup botol tu bersedia lah untuk menghidu bau masam satu rumah sebab ia bisa meletop ngerti nggak!

MOL ni seeloknya digunakan dalam tempoh 14 hari. Tapi ia juga boleh tahan sampai setahun kalau rajin bagi dia gula merah setiap 6 bulan sebagai sumber makanan untuk mikrob yang terhasil.

Kuantiti gula merah kita agak-agak saja okeh. Sebab kak intan pun belum sampai tahap bagi makan mikrob ni lagi. Nebes!

Cara nak gunakan

baja semulajadi

Kak intan suka gunakan nisbah sendiri haha. Ku taruk roti 4 keping sebab nak sesuaikan dengan nisbah air yang ku anggap ada dalam 6 liter kot bekas penyiram ni. Nak ikut ikutlah..

Bila baja dah jadi ku tuang saja sebotol baja ini ke dalam bekas ini dan tambah aje air hujan sampai penuh bekas.

Kemudian round aje keliling rumah siram pokok-pokok kesayangan sambil nyanyi lagu “Dimatamu”. Biar pokok pun terhibur.

Hasilnya, tanaman jadi subur

baja semulajadi

Daun kesom yang gemok. Nasib baik tak ikut tuan dia yang keding haha.

baja semulajadi

Daun kucai ini bagus. Mencontohi kekedingan tuan nya kahkah. Tapi subur okeh!

baja semulajadi

Paling best pokok belimbing buluh ni. Berbuah buat pertama kalinya selepas berapa kurun ku tanam. Buahnya semalam udah ku petik buat sambal tumbuk dengan ikan bilis. Perghhhh!

Sumber: Intan Suhana

SKIP THIS AD ×