berita

Rozita Che Wan Bakal Dilantik Sebagai Duta Produk Kesihatan

May 30th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Screen Shot 2013-05-30 at 4.54.47 PM

Jika Dato’ Fazley Yaakob dilantik sebagai duta institut kulinari antarabangsa, lain pula bagi selebriti iaitu Rozita Che Wan.

Pelakon yang sedang hangat bercinta dengan Zain Saidin ini khabarnya telah dilantik menjadi duta untuk sebuah produk makanan kesihatan iaitu Longevite keluaran Rich Beauty Sdn. Bhd.

Berita ini diterima sebentar tadi dan khabarnya Rozita Che Wan dipilih kerana bentuk fizikalnya yang kekal awet muda walaupun sudah mencecah umur 40 tahun.

Screen Shot 2013-05-30 at 4.54.01 PM

Che Ta dan Zain Saidin ketika bercuti bersama di luar negara.

Sebagai seorang selebriti, Rozita Che Wan juga seorang yang sangat mementingkan penampilannya dan tak hairanlah ramai wanita yang menginginkan bentuk tubuh sepertinya. Namun yang paling penting sekali ialah untung Zain Saidin kerana berjaya memikat hati selebriti ini.

Untuk pengetahuan, Longevite ialah makanan tambahan dalam bentuk kunyahan yang pertama menggunakan Tocotrienol (Super Vitamin E) daripada ekstrak kelapa sawit.

Majlis pengumuman perlantikan Rozita Che Wan sebagai duta Longevite akan diadakan pada 12 Jun ini sempena majlis pelancaran produk kesihatan tersebut. Tahniah!

SKIP THIS AD ×