![]()
Mungkin kerana usia yang lebih tua dari Zain Saidin, membuatkan ramai pula yang berspekulasi bahawa Che Ta kini bersifat ‘queen control’ terhadap kekasihnya itu.
Menerusi laporan mStar Online hari ini, Che Ta secara terang menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan mereka berdua tidak pernah mencampur adukkan kerja dan hal peribadi mereka. Antaranya ialah apabila dia dikatakan selalu menganggu Zain di lokasi penggambaran dengan menelefon dan menghantar mesej kepadanya.
“Cerita berkenaan mengarut dan tiada asas malah kami sangat profesional dengan kerjaya kami.
“Tidak wujud istilah saya mengawal pergerakannya atau mengganggunya ketika dia sedang bekerja.”
Bagaimana pun, Che Ta yang sudah lali dengan cemuhan orang ramai hanya menganggap remeh dakwaan itu.
“Saya dan Zain sibuk dengan pelbagai perkara dan tidak mahu layan perkara-perkara remeh seperti ini.”
Memang tak pernah berhenti dari dulu, ada saja yang tak kena dimata orang kan? Namun yang penting ialah penerimaan artis itu sendiri. Jika mereka cepat melatah, maka cepatlah mereka jatuh.





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)