
Pelakon, Rozita Che Wan berkongsi personaliti suaminya, Zain Saidin yang membuatkan dia terus jatuh cinta meskipun sudah hampir 13 tahun mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rozita Che Wan Belum Sempat Rasa Masakan Menantu – ‘Saya Tak Kisah Kalau Dia Tak Pandai Masak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rozita Che Wan Tak Halang Aaisyah Minat F1 – ‘Tiket Sudah Beli..Dia Nak Mereka Sign Dekat Baju & Topi’
Suami baik
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik, seorang pengguna Threads dilihat mengajukan soalan kepada para isteri tentang kebaikan suami masing-masing.
Siapa yang bahagia dengan perkahwinan masing masing.
Cuba cerita satu kebaikan yang membuatkan korang sentiasa jatuh cinta pada suami.
Ciapan tersebut turut menarik perhatian Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta yang menyifatkan Zain sebagai seorang suami yang sentiasa berusaha mengambil hatinya.
Kata Che Ta, Zain juga tidak pernah merungut tentang apa-apa perkara, kecuali apabila dirinya terlewat menunaikan solat.
Zain sentiasa nak ambil hati, sentiasa jaga hati.
Tak pernah merungut apa-apa kecuali kalau lewat solat.
Sekadar info, Rozita mendirikan rumah tangga bersama Zain pada 11 Disember 2013.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana, 11.
Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra, menerusi perkahwinan terdahulu.
Sumber: Threads
![[VIDEO] Nyanyian Negaraku Siti Nurhaliza Di MotoGP Sepang Buat Ramai Terpegun](https://media.says.com/2026/11/ctspci-scaled.jpg)




![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)