
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Rozyana Roslan menyarankan orang ramai untuk memulakan simpanan emas.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Terharu Suami Hadiahkan Gelang Emas Di Makkah – ‘Maafkan Saya Yang Masih Gagal Jadi Isteri Terbaik’
Tips simpan emas

Menerusi hantaran di Threads, Rozyana berkongsi tips bagi mereka yang mempunyai bajet terhad iaitu dengan membeli emas fizikal bersaiz kecil sebaik sahaja menerima gaji.
Emas tengah mahal kan? Sebelum cecah RM1,000 1gram, korang mula lah kumpul sekarang bila dapat gaji nanti.
Cara dia, korang beli je emas ringan-ringan macam pendant ke charm ke yang bawah 1gram, beli je sikit-sikit sebab lama-lama jadi bukit (cara ni strong sikit sebab kadang ada upah). Ataupun buat public gold, masukkan je RM100 setiap bulan.
Walaupun mengakui kaedah ini mungkin melibatkan kos upah yang sedikit tinggi, namun ia tetap berbaloi sebagai pelaburan dan simpanan pada masa hadapan.
Dalam pada itu, Rozyana menegaskan supaya tidak menghiraukan pandangan sinis segelintir individu yang mungkin mengatakan cara simpanan kecil-kecilan sebegini merugikan.
Sebaliknya, apa yang lebih penting adalah usaha memulakan langkah pertama untuk menyimpan aset tersebut.
Lantakkan lah kalau orang kata rugi simpan cara ni, sekurang-kurangnya kau ada usaha nak kumpul. Nanti bila dah banyak, kau akan menangis dan bangga dengan diri sendiri.
Sumber: Threads Rozyana Roslan






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
