Apabila berada di tempat awam, kita sering dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati. Tidak kiralah ketika berada di pasar raya, masjid, hospital, sekolah dah sebagainya. Sebolehnya barang yang berharga seperti barangan kemas perlu dijaga dengan baik agar kejadian yang tidak diingini berlaku.
Seperti yang dikongsi individu ini, rantai leher yang disimpan di dalam beg galas didakwa hilang ketika sedang bersiar-siar di sebuah pasar raya. Lebih menyedihkan, rantai tersebut bakal digunakan untuk tujuan rawatan anak keduanya tidak lama lagi. Sedihnya!
Beg galas saya tidak berzip penuh
Minta korang viralkan posting ni! Saya harap ada rezeki dengan izinnya. Pada waktu tengahari tadi, saya bersama suami dan anak-anak ke Pasaraya Tesco Kota Bharu untuk membeli keperluan bulanan anak-anak. Setibanya kami ke sana, saya turun dari kereta dan suami menegur beg yang saya galas tidak berzip penuh lalu dia membantu menutupkan zip beg saya. Sejurus tiba masuk ke dalam tesco, saya menerpa masuk ke Big Apple untuk membeli donut Aneesa Aisyah.
Suami memerhatikan saya dari luar sahaja. Beg galas yang saya buka untuk membayar donut tadi telah ditutup rapi. Lantas , saya menarik troli dan memasukkan Aneesa Aisyah ke dalamnya. Sewaktu saya naik, saya sedar ada pasangan yang berada di belakang kami bercakap dan tiba2 senyap. Saya tak pedulikan omongan mereka lalu menolak troli sehingga ke atas. Pada waktu kejadian, saya berada di belakang sedikit tapi masih berada di sebelah suami.
Setibanya saya di aras 2, saya menolak troli ke bahagian pampers . Pada waktu itu jugalah perut memulas dan saya minta izin suami untuk turun ke bawah. Sewaktu turun ke bawah secara bersendirian, saya berjalan agak laju memandangkan orang tidak ramai. Pendek kata, “sunyi” daripada hari Jumaat.
Melihat kamera litar tertutup
Memandangkan botol susu Aleena Afia belum ditutup , saya ke bahagian sinki di Medan Selera untuk membasuh penutup botol susu yg terbuka tadi sebelum masuk ke tandas. Sewaktu di sana, tiada seorang pun yang menggunakan sinki tersebut. Saya tak syak apa2. Usai membasuh penutup botol susu, terus saya ke tandas . Lepas keluar tandas, saya barulah sedar beg yang saya galas terbuka agak besar.
Terkejut. Saya tak sedar bila beg yang saya galas itu terbuka. Dan saya dapati 2 utas rantai leher saya dan anak sulung saya hilang bersama-sama 3 utas rantai tangan hilang!!! Kesemua jumlah kerugian dianggarkan hampir RM19 000. Nasiblah sebahagian barang kemas lagi saya pakai. Saya perlukan barangan kemas itu untuk tujuan rawatan perubatan susulan anak kedua saya tidak lama lagi. Minta doakan kes ini segera diselesaikan secepatnya.
Saya telahpun berjumpa dengan Unit Siasatan dan Jenayah bagi kes ini. Hanya perlukan surat kebenaran dari Pasaraya Tesco Kota Bharu sahaja lagi untuk membolehkan pihak polis dan kami melihat kamera litar tertutup. Biarpun mustahil untuk dijumpai, tapi saya masih berharap si pelaku yang menyeluk beg saya tidak senang duduk.
Minta jasa baik korang berdoa dan membantu saya dengan kongsikan posting ini sehingga si pelaku berjaya diberkas. Jika ada yang menjual emas2 ini (rujuk gambar) kepada anda, juga diharap membantu termasuklah taukey kedai emas. Terima kasih semua atas bantuan dan pertolongan.
Sumber: Anis Halwa