berita

Ruhainies Kongsi Momen Terindah Dilamar Mr E

November 11th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Setelah dilanda gosip percintaan mengenai hubungan pelakon Ruhainies dan dikaitkan dengan beberapa individu, kini, Ruhainies mengakui telah dilamar oleh salah seorang ahli perniagaan. Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan identiti jejaka itu dan hanya memperkenalkan sebagai Mr E sahaja. Siapa Mr E ini ye?

Ruhainies kongsi detik termanis dalam hidupnya ketika dilamar berlatarbelakangkan Plaza Duomo Milan.

Saya ingat dia bergurau

https://www.instagram.com/p/Bp9N3UyD9Qo/

Beberapa video dimuatnaik pelakon ini di laman Instagram rasminya sehingga mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen. Mungkin ada tertanya-tanya, siapakah jejaka yang hanya dikenali sebagai Mr E ini?.

Ruhainies mengakui sudah dilamar kekasih ketika mereka bercuti di Itali, tempoh hari. Malah, lamaran itu dibuat sempena genap setahun perkenalan mereka.

Saya tidak menjangka dia lamar saya dengan berlatar belakangkan Plaza Duomo Milan. Ayat ‘will you be mine’ yang diungkapkan membuatkan saya terharu dan berasa sangat bahagia. Malah, hingga sekarang masih terngiang-ngiang lagi ungkapan indah itu.

Banyak kali dia cakap. Saya fikir dia bergurau. Apabila sampai di London, dia buat kejutan dengan menghadiahkan sebentuk cincin yang ditempah khas.

Kisah cinta Ruhainies

https://www.instagram.com/p/Bp9mcN8D6Rb/

Ruhainies sebelum ini pernah kongsi kisah percintaannya bersama media tetapi masih lagi enggan mendedahkan Mr E yang telah berjaya mencuri hatinya. Apa yang pasti, Mr E itu seorang ahli perniagaan yang kini menetap di London. Dia juga memiliki tiga cawangan butik terkenal di tanah air.

Saya seakan berada dalam dunia ‘fairy tale’ dengan layanan istimewa itu. Dia sangat sempurna di mata saya. Saya tak pernah berasa curiga dengan kejujurannya. Bersamanya saya rasa sangat selamat dan disayangi.

Dia setia orangnya meski kami bercinta jarak jauh. Dia serius dengan hubungan ini malah saya nampak visi dan misi untuk menyunting saya sebagai suri hidupnya.

Romantisnya…

https://www.instagram.com/p/Bp9pIWAjUyA/

Tak nak terburu-buru

Sekarang ini dia sedang persiapkan diri untuk menjadi suami. Cuma, saya tak nak terburu-buru kerana nak beri laluan kepada kakak, Risteena dahulu. Lagi pula hubungan kakak dengan kekasihnya sudah lama. Sekiranya, kakak kahwin tahun depan, baru saya fikir untuk ke fasa sama juga. Apa pun, doakan saja yang baik-baik untuk kami

Meskipun sudah dilamar, pelakon kecil molek ini memberi laluan buat kakaknya, Risteena dahulu untuk naik ke atas pelamin dan mendirikan rumah tangga.

Sumber: Ruhainies, Metro

SKIP THIS AD ×