berita

Rumah Aznil Nawawi Dirompak, Rugi RM40 Ribu

August 3rd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Seperti yang OHBULAN! pernah katakan sebelum ini (jika anda pembaca tegar OHBULAN!), musim perayaan sudah hampir tiba, memang banyaklah kes-kes kecurian, rompakan dan macam-macam lagi yang kita akan dengar.

Terbaru, melalui laporan Kosmo! hari ini, rumah Aznil Nawawi yang terletak di Taman Yarl telah dimasuki perompak dan menurut pengacara popular ini, dia telah mengalami kerugian kira-kira RM40,000.

Ketika kejadian berlaku, cuma ibu dan 2 orang pembantu rumah Aznil sahaja yang berada di rumah. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10 malam itu, penjenayah telah melarikan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, komputer riba dan juga beberapa helai pakaian.

Sekali lagi, pesanan dari OHBULAN!, pastikan rumah anda sentiasa berkunci walaupun anda berada didalam rumah dan tingkatkan sedikit keselamatan dipersekitaran rumah. Semoga semua pembaca OHBULAN! dapat menyambut hari raya dengan gembira.

SKIP THIS AD ×