Rumah pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta didakwa telah diserbu oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA), pada pagi Selasa.
Rumah Che Ta diserbu?
Memetik laporan Kosmo, serbuan tersebut dilakukan susulan isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu didakwa gagal membayar pinjaman daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berjumlah hampir RM1 juta.
Tindakan itu juga dilakukan bagi membolehkan pihak MARA menilai barangan dalam rumah terbabit bagi tujuan penyitaan.
Ketika serbuan dilakukan di kediaman mewah yang terletak di Kota Damansara itu, Che Ta mahupun suaminya tiada di rumah manakala hanya kelibat ibu pelakon itu sahaja yang kelihatan.
Difahamkan, selepas satu jam serbuan dilakukan, anak sulung pelakon itu iaitu Ammar Effendi tiba di kediaman tersebut.
Sumber: Kosmo, Sinar Harian