berita

Rumah Di Johor Paling Banyak Tak Terjual, Majoriti Berharga Lebih RM500,000

May 6th, 2019 | by Wan
Kewangan & Pelaburan

Harga rumah yang tinggi dan tak masuk akal pada hari ini menyebabkan orang ramai mengambil keputusan untuk menyewa sahaja. Saban tahun kedengaran ‘mitos’ harga rumah bakal turun pada tahun tertentu namun ianya hanya cakap-cakap yang langsung tak boleh pakai!

Harga tetap masih begitu dan jika ingin memiliki rumah sekalipun, golongan berpendapatan rendah atau sederhana hanya mampu membeli rumah flat dan rumah pangsa. Rumah teres dua tingkat berharga lebih RM500,000 secara jujur hanya untuk mereka yang ‘kaya’ sahaja. Itu pun angka rumah yang tidak terjual makin meningkat setiap tahun. Jadi salah siapa?

6066 unit tak jual

Sebagai contoh di Johor, sebanyak 6,066 unit rumah siap dibina sepenuhnya di negeri itu masih belum terjual sehingga Disember 2018, membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM4.608 bilion.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Sr Dzulkefly Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia, angka itu membabitkan kediaman rumah teres, rumah bertingkat serta rumah berkembar.

Rumah RM500k paling tak laku

Untuk rekod, majoriti kediaman siap dibina yang tidak terjual di negeri Johor adalah daripada rumah kategori berharga RM500,000 dan ke atas.

Kediaman rumah teres mewakili 34.83 peratus, manakala rumah bertingkat sebanyak 32.7 peratus dan rumah berkembar sebanyak 10.35 peratus. Manakala rumah jenis kondominium atau apartmen yang mewakili 35.25 peratus

Sebelum ini media melaporkan kerajaan negeri itu akan membincangkan cadangan menurunkan harga minimum pemilikan hartanah oleh warga asing di negeri Johor. Langkah ini bagi memastikan rumah yang tidak terjual mampu dijual dengan harga yang lebih rendah kepada warga asing.

Sumber: Utusan, Bernama

SKIP THIS AD ×