berita

Rumah Dipecah Masuk, Mamat Khalid Kerugian Hampir RM100,000

June 19th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-06-19 at 11.12.25 AM

Makin menjadi-jadi pula kes jenayah di Malaysia ni. Penyangak dan perompak seakan-akan sudah bermaharajalela menjalankan kegiatan mereka.

Terkini, pengarah filem terkemuka, Mamat Khalid kerugian hampir RM100,000 apabila tiga orang lelaki memecah masuk ke dalam rumahnya semalam.

Bukan itu sahaja, kereta Mitsubishi Triton miliknya juga turut dilarikan bersama-sama sebuah kamera antik, iPad, Playstation dan wang tunai RM 500.

Screen Shot 2014-06-19 at 11.14.52 AMMamat Khalid tiada di rumah ketika kejadian pecah masuk tersebut berlaku

“Daripada rakaman CCTV, perompak masuk ke rumah menerusi tingkap dan mengambil kunci pagar, kunci pintu utama dan kunci kenderaan Mitsubishi Triton yang terletak dalam bekas berdekatan dengan pintu.”

Isterinya, Hasmah Hassan hanya menyedari rumah mereka dipecah masuk pada jam 6.30 pagi semasa dia bangun untuk menunaikan solat subuh. Mamat Khalid pula ketika itu sedang menjalankan penggambaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah, Tanjung Malim.

Tapi, mereka agak bernasib baik kerana perompak tersebut tidak mengapa-apakan isterinya dan dua orang anaknya Mohd Khalid Adam dan Nurhassanah yang berada di rumah.

Apapun, lepas ni mereka kena lebih berhati-hati kerana perompak tersebut sudah tahu selok-belok untuk pecah masuk rumahnya.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×