berita

Rumah Hampir Dilelong, Lelaki Gantung Diri Akibat Tertekan Campur Tangan Keluarga Mertua

November 1st, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Terkejut kami baca perkongsian pegawai bank ini dimana seorang lelaki bertindak membunuh diri gara-gara terlalu tertekan. Pada awalnya, pegawai ini menghubungi bapa mertua lelaki ini kerana masalah bayaran rumah yang tertunggak.

Namun, lelaki ini secara tiba-tiba menangis dan memarahi pegawai kerana dikatakan memalukan dirinya. Selepas diperiksa, rupanya lelaki ini terpaksa menanggung keluarga mertuanya sehingga menyebabkan dia bertindak di luar kawalan. Sebaknya.

Tak mampu bayar pinjaman bank

First, saya tak ajar orang jadi kurang ajar dengan mertua dan ipar duai. Second, i dont give a damn kalau orang pikir saya ni ajak orang lain bukak aib. My attention adalah bermula dari sejarah ini (bukan screenshot di bawah ni). Lepas saya gred, saya terus ditawarkan kerja dengan sebuah syarikat perbankan di ibu negara.

Tugas saya jaga akaun-akaun pinjaman perumahan islamic dan buat reschedule sekiranya mereka tak mampu untuk bayar bulan-bulan mengikut perjanjian asal. Samada kurangkan instalment atau panjang kan tenure (which is ini offer yg mengarut). Seorang lelaki hamba Allah ni duduk di Kedah, dan saya terima panggilan dari beliau setelah saya tinggalkan contact number kepada keluarga mertuanya. Mereka duduk serumah.

Menangis kuat macam orang gila

Mula-mula panggilan agak tegang, dia maki hamun saya sebab dia tuduh memalukan dia dengan menelefon mertua dia. Tapi saya tetap ikut rules bank dgn tidak mendedahkan apa-apa maklumat kepada third parties dan kalau dia complain, saya boleh didakwa dan selamanya blacklist untuk kerja dengan mana-mana company. Sepanjang makian dia pada saya, saya berdiam. Sebab saya tahu mesti ada isu dia sesama mertua.

Kemudian dia diam. Lebih kurang 5 minit. Saya panggil dia dgn nada bersahaja “encik ok?” Then he cried out loud macam orang giler ! Sampaikan dia bercakap sambil menangis tapi saya tak paham apa dia cakap sebab sedu tu lebih kuat dari butir bicara dia. Kemudian saya tenangkan dia, saya minta maaf kerana tinggalkan no telefon pada ayah mertua dia, namun untuk memalukan, itu bukanlah motif saya selaku pegawai bertugas.

Rumah menunggu masa untuk dilelong

(sekadar gambar hiasan)

Hanya kerana saya dah cuba telefon dia banyak kali, tapi tak berangkat dan rumah dia menunggu masa untuk auction (dilelong). Kemudian selama seminggu saya follow up kes dia, bantu dia untuk kurangkan bayaran bulanan dengan keadaan dia menanggung segalanya untuk isi rumah termasuk 3 orang anak yang masih kecil. Dia masih bekerja di company swasta, gaji bersih sebulan RM3200.

Kalau kita orang takde masalah, kita fikir jumlah itu banyak, tapi kita tak tahu periuk nasi orang. Kita tak tahu apa isu dalaman dia sampai kan rumah sendiri dia tak terbayar. Isu dia – mertua kuat masuk campur hal rumahtangga, plus ipar duai parasit! Dia teramat sayang isteri dia, sampai kan rela berpindah ke rumah mertua sebab tak nak isteri dia hari-hari serabut bila mak dia call bagitahu ayah dia tak sihat. Takde sape jaga.

Terpaksa pindah umah mertua

(sekadar gambar hiasan)

Kebetulan isteri dia anak sulung, maka dia izinkan isteri untuk pindah walaupun dia tak setuju sebab dia lelaki. Ada 3 orang ipar duduk serumah dalam rumah mertua dia. 2 dah kawen beranak pinak, sorang kutu berahak kaki cautut. 3 4 bulan berlalu, ipar yang duduk serumah tadi mintak nak duduk rumah lelaki ni, dgn kadar sewaan RM300 sebulan. Sedangkan instalment rumah RM720 per bulan. Jadi baki, lelaki ni tokok kan. Sebab taknak sangkut payment dgn bank.

1 bulan je bayar sewa. Lepas tu ipar dia terus diam buat tak tahu. Acapkali bank call, lelaki ni serabut sebab takde payment masuk dalam acc dia sebanyak RM300 (kadar sewa si ipar yg perlu bayar). Sampai bergaduh, halau keluar, panggil polis, tapi bila mertua masuk campur, segalanya jadi berantakan. Lelaki ni dituduh tak berguna, berkira, dan hampir-hampir dia bercerai dgn isteri sebab isu ni. Macam mana saya tahu semua cerita ni?

Tanggung keluarga mertua 100%

(sekadar gambar hiasan)

Customer tak boleh bullshit saya. Saya tak boleh terima cerita tanpa bukti. Kalau dia nak saya tolong dia, dia jangan memandai-mandai dgn saya. Segala report polis, whatsapp makian cacian ipar duai termasuk mertua dia dia forward pada saya. Kesian. Kesian giler saya tengok dia. Sebab living kos rumah mertua pun dia 100% dia support. Termasuk kereta dia dipakai ipar duai suka hati macam mak bapak mereka dia punya.

Dia tak mampu lepaskan isteri sebab anak-anak masih kecil. Bila ajak isteri keluar, bermula drama mertua sakit la dan sebagainya. So bila saya call mertua dia, dia naik angin sebab dia memang severe tension dgn mertua dan ipar duai. Sebulan saya fight kes dia, buat paper work untuk bantu dia tapi tak lulus sebab rumah tu baru setahun lebih beli. Bayaran pokok pun tak gerak lagi. Sebulan jugak sy tak tidur malam memikirkan macam mana saya nak bantu dia.

Isteri telefon cakap suami meninggal dunia

(sekadar gambar hiasan)

Dia hampir setiap hari call saya, tanya status permohonan pengurangan bayaran bulanan rumah dia.
Sampai saya dapat arahan dari big boss, rumah dia kalau nak lepas dari auction, dia kena settle habis termasuk kos-kos legal berjumlah RM7K lebih. Saya perlu profesional tanpa perlu percampuran emosi dalam isu ni. Kerja saya tolong dia, if tak berjaya, totally out of my control. The day saya call dia, dia banyak berdiam.

Saya terangkan dgn jelas tapi saya tak dapat respond dari dia. Yang saya boleh baca masa tu, saya tahu dia terduduk. Difahamkan kereta dia pun dah ditarik. Hati saya dup dap dup dap. Saya memang menanti dia call saya dan membawa khabar baik. Tapi 3 hari kemudian saya menggigil pegang ganggang telefon bila isteri dia call cakap dia dah meninggal.

Punca kematian gantung diri

(sekadar gambar hiasan)

Saya minta isteri dia fax pada saya surat kematian untuk bantu selesaikan insurans. Alangkah terkejut dan saya menangis bila dalam surat kematian, bila tengok kolum punca kematian ditulis. “Hang” Gantung diri. Beliau bunuh diri. Saya follow up kes ni pada isteri dia, dan saya cakap pihak insurans consider punca kematian invalid untuk claim insurans.

Next days, pak mertua arwah call, tanya boleh tak rumah tu tukar nama atas nama anak jantan dia, saya tutuh habis-habis org tua tu dgn cara paling sopan “ambik rumah orang pakcik tak boleh main ambik gitu macam main pondok-pondok, bank pun ada undang-undang. Kalau isteri arwah mintak rumah tu pun belum tentu dapat melainkan pergi refinancing semula. Ni arwah suruh bayar RM300 pun tak mampu, apetah lagi nak bayar RM700 lebih sebulan. Jangan nak cari jalan senang je ye”

Arwah nak hadiahkan rumah buat isteri dan anak-anak

(sekadar gambar hiasan)

Dari kisah ni, kita tak tahu level mana tertekannya si arwah sampai dia menggantung diri. Kita tak berada kt tempat dia, tak boleh simply letak sebarang pertuduhan especially bab agama. Arwah sayang sgt isteri dia sebab dia cakap dia nak hadiahkan rumah tu utk isteri dia, bila dia dah takde ada la tempat anak-anak isteri berteduh.

Dan awak yang ada isu dgn mertua dan ipar duai, not worthy melukakan hati dan jiwa sendiri. If u can’t stand anymore, lari ! Lari dari situasi. Isu dgn mertua dan ipar duai ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak. But 1st come 1st, bebaskan diri dari tekanan dulu, then cari solutions. Bumi ini luas. Jangan pilih cara menekan jiwa. #justshare

Sumber : Suhada Samsor