berita

Rumah Hangus Dijilat Api, Pengantin Perempuan Jumpa Sesuatu Yang Tidak Disangka Dalam Almari

December 4th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Hari bahagia yang sepatutnya diraikan pasangan pengantin ini bertukar tragedi apabila rumah keluarganya hangus dijilat api. Semua persiapan perkahwinan bertukar menjadi abu dua hari sebelum majlis berlansung.

Artikel berkaitan: Rumah Terbakar Dua Hari Sebelum Majlis Persandingan, Pasangan Ini Redha Terima Ujian

Menerusi laporan mStar Online, pengantin perempuan, Hasmi Marina kongsi pengalaman sewaktu api mula merebak sehingga menyebabkan ibunya berada di hospital.

Tujuh dulang akhirnya hangus

Tujuh dulang yang baru siap gubah, tujuh dulang tu jugalah yang hangus. Kalau ikutkan hati nak batal saja semua sebab dah tak ada mood, dengan mata bengkak hari-hari duk menangis.

Tapi Allah tolong hadirkan orang-orang yang sentiasa mendoakan kekuatan kami. Rakan-rakan yang dari jauh sanggup datang ke Kelantan sebab nak meraikan kami, walaupun dah diberitahu tiada majlis persandingan. Masa ni lagi mencurah-curah air mata keluar.

Masa tu saya dah tak fikir pasal barang-barang kahwin, dengan asap tebal saya sempat tarik keluar sepupu berumur sembilan dan empat tahun yang tidur di salah satu bilik tidur. Atuk pula terperangkap di beranda, dia takut nak turun jadi saya cepat tarik atuk turun tangga. Kalau lambat sikit, atuk mungkin disambar api.

Pengantin perempuan menceritakan tragedi sewaktu api mula menjilat rumah keluarganya. Segala barangan perkahwinan juga hangus dijilat api termasuk tujuh dulang hantaran.

Ibu dah stabil

Bagaimanapun, dia bersyukur apabila semua ahli keluarganya yang berada di dalam rumah ketika itu selamat. Tetapi hanya ibu yang masih berada di hospital akibat serangan jantung berdepan situasi panik itu.

Alhamdulillah, ibu dah stabil. Dia juga dibenarkan keluar hospital untuk menyaksikan majlis akad nikah pada Jumaat.

Tambahnya lagi, pelamin yang dihiasi cantik bertemakan warna putih itu juga hangus disambar api. Malah, dia bersyukur kerana persiapan saat akhir seperti baju dan tudung untuk akad nikah, termasuk cincin bagi acara membatalkan air sembahyang disediakan oleh keluarga mertua.

Alhamdulillah, keluarga pihak pengantin lelaki banyak membantu. Mereka terima kami sekeluarga seadanya selepas apa yang berlaku dengan majlis kosong tanpa hantaran.

Walaupun sedih di atas apa yang berlaku, tapi syukur saya telah selamat bergelar isteri orang. Biarlah tak ada majlis perkahwinan, tak ada pelamin tapi yang penting keselamatan orang-orang tersayang. Itu yang paling penting.

Jumpa sesuatu yang tidak disangka

Selepas akad nikah, kami bergotong-royong kemas sebahagian ruang di bawah rumah yang tidak terbakar kerana diperbuat daripada batu, lalu saya terjumpa sesuatu yang tidak disangka di dalam almari, memang terkejut sebab ia baju akad nikad yang sepatutnya saya pakai.

Saya tak fikir apa dah masa kejadian, ingatkan hangus semua. Saya pakai pun sekejap hanya lima minit di atas rumah yang hanya tinggal tangga, bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. Lepas tu kami tukar baju dan sambung kemas semula.

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×