berita

Rumah & Kereta Mewah Milik Irwansyah Disita, Adik Palsukan Tanda Tangan Rugi Sehingga RM1.5 Juta

January 5th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Isu penipuan yang terjadi dalam keluarga pelakon popular Indonesia, Irwansyah bersama adik kandungnya, Hafiz Fatur ternyata masih lagi belum selesai. Lebih mengejutkan lagi apabila Irwansyah ditipu oleh adiknya sehingga mengalami kerugian sebanyak RM1.5 juta dan turut mengheret nama isterinya, Zaskia Sungkar kepada pihak polis.

Irwansyah mengalami kerugian sebanyak RM1.5 juta

Menurut peguam pelakon Indonesia itu, Muhammad Zakir Raysidin, Irwansyah telah membuat keputusan untuk melaporkan adiknya itu kepada pihak polis berhubung dakwaan Hafiz telah memalsukan dokumen di Balai Polis di Jakarta Selatan.

Dalam pada itu, peguamnya turut menyatakan jumlah kerugian yang dialami oleh anak guamnya itu adalah sekitar RM1.5 juta selepas adiknya bertindak memalsukan tanda tangannya serta Zaskia dan turut memalsukan dokumen yang lain tanpa pengetahuannya.

Difahamkan, jumlah wang tersebut menjadi jaminan kepada semua dokumen yang dipalsukan oleh adik Irwansyah kepada pihak bank dan disebabkan itu, sebuah kereta dan beberapa unit rumah milik pelakon berusia 36 tahun ini disita.

Termasuklah sebuah kereta dan empat unit rumah yang dokumennya telah dipalsukan sebagai jaminan yang dibuat oleh adik Irwansyah kepada pihak bank.

Irwansyah tidak sangka bahawa adiknya itu tergamak melakukan perkara seperti itu kepada abangnya sendiri. Dia mengatakan yang dia tidak pernah langsung membuat pinjaman kepada bank yang menuntutnya.

Palsukan dokumen sejak 2018

Sebelum ini, Irwansyah meluahkan rasa terkejut apabila pihak bank ‘mengejarnya’ kerana didakwa gagal membayar pinjaman kewangan yang telah dibuatnya.

Dia terkejut kenapa pihak bank mengejarnya dan diminta untuk membayar hutang sedangkan dia tidak pernah membuat pinjaman daripada bank tersebut.

Walau bagaimanapun, pelakon terbabit menyedari bahawa adiknya telah memalsukan tanda tangan serta dokumen yang lain untuk diserahkan kepada pihak bank. Lebih mengejutkan lagi apabila adiknya membuat perkara itu sejak 2018 lagi.

Susulan daripada kes berkenaan, Hafiz juga akan didakwa dengan kes rasuah dan jika didapati bersalah dia akan dipenjara sehingga 20 tahun.

Sumber : Kompas

SKIP THIS AD ×