berita

Rumah Tangga Kecundang Untuk Kali Keempat, A Aida Gembira Diceraikan Ariff Aziz Talak Satu

June 18th, 2019 | by faris
Kini Trending

Penerbit drama A Aida menjadi bahan bualan netizen apabila mengambil keputusan menerima lamaran pelakon baru, Ariff Aziz. Walaupun berbeza umur 18 tahun, mereka tetap disatukan pada 21 Julai tahun lalu selepas 3 bulan bercinta.

Namun, tanpa angin dan ribut, perkahwinan pasangan ini dikatakan bergolak apabila pasangan itu memadamkan gambar masing-masing di laman sosial masing-masing.

Umum cerai dalam sidang media

A Aida yang ditemani peguamnya, Zulkifli Che Yong menyatakan dia dan Ariff sudah sah bercerai secara baik pada 24 April. Perkara itu diumumkan dalam satu sidang media di sebuah hotel di ibu kota sebentar tadi.

Mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dengan Ariff melafazkan talak satu ke atas A Aida.

Gembira bercerai

Ujar wanita ini lagi, sudah semestinya tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai, walaubagaimanapun perpisahan itu diterima dengan baik walaupun mereka hanya bergelar suami isteri selama 9 bulan.

Jodoh di tangan Allah, siapa yang berkahwin untuk bercerai? Semua orang mahu perkahwinan yang bahagia yang berkekalan sehingga ke akhir hayat. Namun saya terima perceraian ini yang hanya mampu bertahan tidak sampai setahun.

Kami bercerai dengan talak satu selepas setuju menamatkan perkahwinan ini secara baik. Jujurnya saya amat gembira dengan perceraian ini.

Sumber: Mstar

The following two tabs change content below.