berita

Rumah Terasa Kosong? Jom Datang Ke REX Expo & Angkat Apa Yang Ada, Diskaun Sehingga 80%!

February 12th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

orang ramai di REX Expo

Pernah tak, korang nak hias rumah, tapi tak ada idea? Maklum la sekarang ramai yang nak dalam rumah nampak cantik dan menarik. Kalau tak kreatif, memang rumah nampak hambar. Malu beb kalau member datang rumah!

Dah la tak ada bajet, blur  pulak nak hias rumah macam mana. Nak tahu? Ada satu event ni yang bukan korang dapat idea je, korang boleh beli barang untuk hias rumah dengan harga berpatutan. Serious  la?

Pameran rekaan dalaman rumah terbesar di Malaysia, REX Expo datang lagi!

Ha, berita baik ni. REX Expo, terkenal sebagai pameran rekaan dalaman rumah terbesar di Malaysia akan diadakan nanti. Korang yang baru beli rumah tu, mesti dah lama nantikan saat ni kan?

REX Expo akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre, bermula 22 hingga 24 Februari 2019, jam 11 pagi hingga 9 malam. Ada aktiviti menarik sewaktu REX Expo diadakan. Nak tahu? Baca la sampai habis!

dapur di REX Expo

katil di REX Expo

pagar di REX Expo

dapur di REX Expo

langsir di REX Expo

Antara barangan yang korang boleh dapatkan di REX Expo ialah set dapur, hiasan dalaman, lampu, pintu, lantai, langsir, wallpaper, sofa, tilam, peralatan dapur, meja makan, sistem keselamatan, sistem penapisan air dan lain-lain. Banyak tak?

So, bukan perabot je yang ada. Barangan rumah yang lain pun dijual. Nak tahu apa lagi yang ada, datang je la ke REX Expo. Orang KL jangan tak datang pulak tau.

Macam-macam design, pilih la ikut cita rasa korang

sofa di REX Expo

Banyak pilihan design! Maklum la, lebih 500 jenama terkemuka ada dijual. Korang pun mesti rambang mata nanti. Lagi satu, korang boleh usha design trend  terkini di REX Expo. Korang mesti tak nak ketinggalan. Betul tak?

almari dan meja di REX Expo

Ada orang suka rumah dia nampak moden. Ada juga yang sukakan klasik seperti di luar negara. Ikut cita rasa masing-masing. Paling penting, korang boleh dapat inspirasi untuk rumah ideal  korang di REX Expo. Wee..

Diskaun sehingga 80%, ni yang korang nak dengar kan?

almari dan meja di REX Expo

Siapa yang tak suka promosi? Semua mesti suka punya. Paling syok, barangan di REX Expo dijual dengan diskaun sehingga 80%. Yay, ada diskaun! Boleh la berbelanja sampai pengsan. Hehe.

maskot di REX Expo

Sebelum pergi ke REX Expo tu, seelok-eloknya buat la list  yang korang nak beli. Bukan apa, supaya korang senang jugak nanti. Jimat masa dan tenaga korang jugak. Tak gitu?

Consultation  percuma, cakap je macam mana yang korang nak

consultation di REX Expo

Kalau korang blur  dan tak tahu nak hias rumah macam mana, jangan risau. Di REX Expo, korang boleh dapat consultation  secara percuma je. Cakap je korang punya taste  macam mana. Mereka boleh bantu!

Servis untuk outdoor pool  dan pengubahsuaian taman pun ada, unik kan?

kolam dan taman di REX Expo

Kat rumah ada outdoor pool  dan taman, tapi tak reti hias cantik-cantik? Paling unik di REX Expo, ada servis untuk outdoor pool  dan pengubahsuaian taman. Boleh la korang hias pool  dan taman kat rumah korang tu dengan lebih kreatif dan cantik. Gittew.

Ha, kejap. Kami dah bagitahu tadi, ada aktiviti menarik sewaktu REX Expo dibuat. Korang mesti tak sabar nak tahu kan? Inilah dia..

Ada cabutan bertuah & hadiah percuma jugak

orang ramai di REX Expo

Ha, jangan tak tahu. Korang bukan boleh cantikkan rumah je. Ada cabutan bertuah sewaktu REX Expo diadakan. Hadiah pun menarik. Nanti korang join  la ya. Mungkin korang boleh dapat perabot free, siapa tahu?

Oh ya, baru teringat. Ada free gift  jugak untuk korang yang datang ke REX Expo nanti. Hadiahnya apa? Mesti la rahsia. Kalau nak tahu, datang la ke REX Expo nanti. Jangan lupa ajak family  dan kawan-kawan tau.

orang ramai di REX Expo

Ni info penuh untuk event  tu. Dah la ada diskaun, barangan berkualiti pulak tu. Rugi kalau tak datang beb.

REX Expo

Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre
Tarikh: 22 hingga 24 Februari 2019
Masa: 11 pagi hingga 9 malam

Dalam rumah memang harus dihias dengan cantik, baru nampak berseri. Malu la kalau tetamu datang tapi rumah tak kemas. Takut diorang tak selesa pulak. Ha, bila dah datang REX Expo, hasilnya confirm  korang puas hati.

Untuk info lebih lanjut, korang klik je kat sini. Jumpa korang di REX Expo, okay? Nak datang, jangan lupa roger!