berita

Rumahtangga Adam-Fiza Goyah Kerana Spekulasi Orang Luar & Laman Sosial

April 29th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

fiza adam

Siapa sangka laman sosial boleh menjadi punca kepada perbalahan suami isteri hingga mengakibatkan perceraian antara kedua-duanya.

Perkara itu turut diakui oleh Fiza Elite atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim yang mendakwa Instagram merupakan antara penyebab dia dan Adam AF2 bercerai.

Menurut Fiza, segalanya bermula apabila terdapat sebahagian besar pengikut di laman sosial tersebut yang mempertikaikan tindakan mereka berdua tidak memuat naik gambar masing-masing hingga timbul spekulasi rumahtangga mereka berantakan.

ohartis-fiza-adam-nikah-1

Apabila perkara itu dipersoalkan sehingga mencetuskan spekulasi di antara pengikut-pengikut Instagram, maka perkara itu turut menjadi bualan antara kami sehingga mencetuskan pergaduhan.

Saya bertindak membuang gambar-gambar kami di laman sosial itu juga kerana terlalu banyak spekulasi mengatakan rumahtangga kami bermasalah.

Bagaimanapun, itu antara sebahagian punca (perceraian). Mengenai perkara lain, saya tidak boleh ulas. Cuma apa yang saya anggap, tiada jodoh di antara kami.

Dalam pada itu, Fiza turut menolak dakwaan bahawa dia meminta cerai kerana Adam tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara keluarga.

Jujurnya gosip-gosip yang tersebar membuatkan kami tertekan. Tambahan pula, ayah saya sedang sakit tenat ketika itu dan kini baru saja selesai menjalani pembedahan pintasan di IJN.

Macam-macam spekulasi yang timbul dan apabila ada pihak mengatakan saya minta cerai kerana Adam tidak ada duit, itu mengarut. Isu itu timbul apabila ada masalah bayaran antara saya dan hospital. Sdangkan ketika itu, Adam turut membantu menghulurkan wang agar ayah saya dapat menjalani pembedahan dengan segera.

Sekadar mengimbas kembali, Adam dan Fiza bernikah pada 26 September 2013 selepas dua bulan berkenalan dan perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama tujuh bulan sahaja.

Bagaimanapun, Fiza tidak menolak kemungkinan untuk kembali bersama Adam sekiranya jodoh antara mereka masih lagi kuat.

Sumber : mStar Online

SKIP THIS AD ×