
Kalau dah hari-hari kejar masa pergi kerja, hantar anak, singgah kedai, lepas tu nak isi minyak lagi… memang boleh jadi penuh jadual. Sebab tu bila ada cara yang lebih cepat dan teratur, memang rasa lega banyak!
Ramai sebenarnya tak perasan, BUDI95 dalam TNG eWallet betul-betul memudahkan hidup pengguna RON95, lagi-lagi untuk golongan yang selalu on-the-go macam riders. Sekali guna, memang terasa lebih cepat, lebih mudah, dan lebih teratur sepanjang isi minyak!
Tak perlu download banyak Aplikasi pun, semua dalam TNG eWallet je!
Untuk pengetahuan korang, BUDI95 dalam TNG eWallet sebenarnya boleh digunakan di semua stesen minyak yang menyokong RON95. Jadi korang tak perlu penuhkan phone dengan aplikasi tambahan semata-mata nak isi petrol.
Cukup buka TNG eWallet, tekan BUDI95, dan terus ready nak guna bila sampai stesen minyak.
Tak perlu tunjuk MyKad di kaunter
Dengan fungsi BUDI95 dalam TNG eWallet, pengguna boleh terus buat transaksi tanpa sebarang proses manual tambahan. Sistem terus kenal pasti kelayakan korang dalam aplikasi, jadi semuanya berjalan lebih lancar.
Antara langkahnya ialah membuat pembelian minyak dalam aplikasi, kemudian staff akan scan QR untuk aktifkan pam.
Mudah dan jimat masa untuk sesiapa yang selalu rushing.
Boleh semak baki BUDI95 dengan mudah!

BUDI95 dalam TNG eWallet memudahkan korang semak baki subsidi bila-bila masa dengan satu klik je. Tak payah dah teka-teka atau kira sendiri berapa yang tinggal.
Fungsi ni memang berguna untuk mereka yang isi minyak secara konsisten, terutamanya riders yang nak bajet penggunaan harian.
Scan QR untuk activate pump
Untuk transaksi BUDI95, pengguna hanya perlu tunjukkan QR dalam aplikasi kepada cashier untuk diimbas bagi mengaktifkan pam.
Prosesnya cepat kerana semua maklumat sudah ada dalam TNG eWallet dan tak perlu tunjuk IC, jadi lebih selamat dan tak berisiko hilang IC di stesen minyak.
Tak perlu isi borang atau langkah tambahan lain, just scan and go. Kalau berada di Petronas, korang boleh cuba Setel yang turut ada dalam TNG eWallet.
Bonus! Ada cashback RM1 untuk pengguna baharu BUDI95
Khas untuk sesiapa yang first-time menggunakan BUDI95 dalam TNG eWallet, ada kempen cashback RM1 melalui digital stamp card. Setiap pembelian minimum RM5 BUDI95 akan beri korang satu stamp yang boleh ditukar kepada voucher.
Kempen ni berjalan dari 7 November hingga 6 Disember, dan terhad kepada 800,000 stamp pertama. Pengguna layak dapat satu voucher sehari, maksimum empat sepanjang kempen.
Jom cuba sendiri BUDI95 dalam TNG eWallet hari ini!
Pembelian petrol jadi lebih mudah, cepat dan teratur…Semua dalam satu aplikasi je. Lagi best kalau korang pengguna baharu, boleh nikmati cashback RM1 melalui digital stamp card.
Caranya mudah je. Korang hanya buka TNG eWallet, pergi ke BUDI95 dan alami sendiri betapa senangnya isi minyak sekarang!








![[VIDEO] Dr Hasseenah Dedah Rawatan Kecantikan Wajah Tular Didakwa Haram & Bernajis](https://asset.ohbulan.com/2026/07/doktor.jpg)