berita

Rupanya Ada Kisah Sedih Disebalik Video Penguatkuasa KPDNHEP ‘Rebah’ Ketika Kawad

July 22nd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, viral sebuah video yang memaparkan seorang warga emas berlari berkaki ayam mendapatkan anak buahnya yang juga merupakan seorang penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang rebah sewaktu perbarisan Hari Penguat Kuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang.

Artikel berkaitan: Anak Jatuh Ketika Berkawad, Apa Yang Bapa Ini Lakukan Buat Netizen Terharu

Menerusi Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki, penguat kuasa yang rebah itu merupakan anak angkatnya. Ujar Dr Asyraf, Nik Mohd Adhar merupakan anak yatim piatu dan sudah lama dibesarkan oleh bapa saudaranya iaitu Abdul Aziz Ya’acob.

Anak yatim piatu

Menurut Dr Asyraf, dia sempat menghubungi Adhar dan bertanyakan khabar selepas kejadian tersebut berlaku. Ujar Adhar, dia memang tidak berapa sihat dan demam sejak tiga hari yang lalu. Walau bagaimanapun, dia mahu berkawat sempena Hari Penguatkuasa KPDNHEP, semalam.

Sebenarnya semasa abah datang melulu tu, itu kali kedua saya rebah. Kali pertama saya masih boleh bangun dan kedua, abah datang.

Pemuda berasal dari Tumpat, Kelantan itu turut memberitahu dia kehilangan ibu ketika usianya tiga bulan manakala, ayahnya meninggal sewaktu usianya 7 tahun. Sejak dari itu, bapa saudaranya menggalas tanggungjawab sebagai ayah untuk membesarkannya.

Sumber: Dr Asyraf

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×