berita

Rupanya Banyak Lagu Baru! Ini 8 Lagu Raya 2019 Yang Korang Boleh ‘Layan’

May 28th, 2019 | by Ai
Video Popular

Kurang lagi seminggu saja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Korang mesti dah siap segala persiapan raya kan? Mesti tak sabar nak balik kampung halaman masing-masing, betul tak? Lagi-lagi dah dengar lagu raya yang berkumandang di sana sini. Jadi, untuk ‘bakar’ lagi semangat korang nak beraya, apa kata korang dengar lagu-lagu raya 2019! Memang best!

Bersyukur Seadanya

Lagu Bersyukur Seadanya ini dinyanyikan oleh jejaka popular Hael Husaini. Lirik lagu pula ditulis oleh Hael Husaini sendiri bersama Ezra Kong. Video klip lagu ini agak unik sikit tau!

Menanti Di Aidilfitri

Lagu ini dinyanyikan oleh 4 orang gadis popular iaitu Wany Hasrita, Wani Syaz, Muna Syahirah dan Wan Azlyn. Istimewanya lagu raya ini apabila menampilkan Azhan Rani dalam video klip yang memegang watak ‘abah’ kepada 4 orang gadis ini.

Seru Hari Lebaran

Seru Lebaran ini dinyanyikan oleh pasangan penyanyi popular Syamel dan Erni Zakri. Lagu ini mengenengahkan irama Melayu yang sangat best didengar!

Tak Dapat Raya

Lagu Tak Dapat Raya ini dinyanyikan oleh Floor 88 dan Baby Shima. Menariknya lagu raya kali ini apabila semua kumpulan Floor 88 ini menyumbangkan suara mereka, sedap-sedap rupanya!

Sempurna Seadanya

Lagu raya ini pula didendangkan oleh 4 penyanyi yang meningkat popular iaitu Sufi Rashid, Ara Johari, Usop dan Masya Masyitah. Jika lihat pada ruangan komen di Youtube, ramai yang memuji lagu ini kerana menyukai rentak dan melodinya.

Joget Lebaran

Dimulakan dengan takbir raya, lagu ini pasti membuatkan korang rasa lagi tak sabar nak raya! Lagu ini merupakan nyanyian daripada Fitri Haris dan Lan Solo.

Selamat Berhari Raya

Lagu ini dinyanyikan oleh Ariff Bahran dan Srah Suhairi yang merupakan kali pertama berduet bersama. Irama lagu ini lebih kepada irama Melayu yang dihasilkan oleh Sang Hitam dan Rudy Kasmara.

Fitrah

https://www.youtube.com/watch?v=2-d9JAihj24

Nyanyian daripada penyanyi cilik Umairah ini juga antara lagu raya yang mendapat pujian. Rata-rata memuji suara adik Umairah yang sedap didengar.

Bagi korang yang minggu ini akan pulang ke kampung, hati-hati memandu okay! Selamat Hari Raya!

SKIP THIS AD ×