berita

‘Rupanya Dia Tengah Diuji’ – Siti Sarah Terkejut Dapat Tahu Masalah ‘Bipolar Disorder’ Janna Nick

April 23rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon Janna Nick mendedahkan berita dan pengakuan yang mengejutkan ramai pihak. Pendedahan tersebut dikongsinya melalui satu posting di Instagram dengan mendakwa pelakon tersebut cuba untuk membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya sendiri.

Artikel berkaitan: Janna Nick Dedah Pernah 2 Kali Cuba Bunuh Diri

Sementara itu, penyanyi Siti Sarah Raissuddin terkejut mendapat tahu berita mengenai masalah kemurungan yang dihadapi oleh Janna Nick itu.

Janna seorang yang baik

Penyanyi lagu Semakin ini menyifatkan Janna Nick seorang yang kuat dan ceria, malah, dia juga tidak sangka bahawa pelakon itu berdepan dengan masalah kesihatan mental.

Sarah baru baca posting Janna Nick kat IG dia. Allahu, hati Sarah terdetik dan terus Sarah DM dia. Janna seorang yang baik, pernah terjumpa 3-4 kali, and kami juga ada borak-borak dekat DM. Sarah ikuti perkembangan kerja dia. Janna ni seorang gadis yang kerja keras dalam bidang seni.

Disebalik kekuatan Janna, rupanya dia tengah bertarung dan diuji. Akak doakan adik kuat untuk hadapi semua ni. Kuat untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk peminat. Stay strong, keep fighting. InshaAllah akan dipermudahkan.

Bukan benda boleh dibuat main

Siti Sarah bagaimanapun memohon pengikutnya untuk sama-sama berdoa buat kesembuhan dan diberi kekuatan buat Janna Nick. Dia juga menganggap masalah kesihatan mental bukan suatu perkara yang boleh diambil enteng.

Apa yang Sarah tahu, perkara yang melibatkan kesihatan mental bukan benda yang boleh dibuat main. Sarah harap semua dapat beri ruang dan terus doa yang baik-baik. Bukan untuk Janna sahaja, tapi untuk semua orang yang sedang bertarung. Jangan hakimi, kita sendiri tak tahu apa yang mereka lalui, kita tak ada dalam situasi mereka. Jom kite doa dan mohon yang baik-baik agar semua dipermudahkan.

Jaga percakapan, jaga perbuatan, jaga pertuturan. Selalu check keluarga dan orang tersayang di sekeliling kita, berborak, tanya khabar. Sarah doakn moga kita semua terus berada dalam rahmat Allah. Amin.

Sumber: Siti Sarah

SKIP THIS AD ×