berita

Rupanya Filem Web PETRONAS Tahun Ni Ada ‘Cinematic Universe’ Nya Sendiri! Korang Perasan Tak?

December 19th, 2019 | by Bieha
Shout Out!

Setiap kali ada perayaan di Malaysia, PETRONAS tak pernah ketinggalan dengan iklan atau filem pendek yang pasti meruntun jiwa. Menerusi tema #AnugerahKita, PETRONAS melalui filem-filem pendeknya sentiasa mengajak kita semua untuk menghargai nilai persahabatan, keunikan masyarakat majmuk, dan kepelbagaian perayaan yang dinikmati oleh masyarakat berlainan agama di dalam sebuah negara.

Tapi korang perasan tak, apa yang specialnya tentang siri #AnugerahKita ni adalah semua episode sebenarnya mempunyai cinematic universe yang tersendiri dengan beberapa pertindihan watak dan juga terselit cameo daripada video terdahulu. Kalau korang tak perasan, jom kitorang bawak korang throwback!

Tahun Baru Cina 2019 – HEART

Ingat lagi tak betapa cemasnya Lyann bila Madam Chong tak jawab panggilannya? Ingatkan ada perkara buruk yang terjadi kepada Madam Chong, rupanya dia belajar nak menggunakan smartphone barunya dengan anak jiran sebelah, Siti.

Gawai 2019 – Baju Burong Apai

Sempena Hari Gawai 2019, siri #AnugerahKita membawa kisah Baju Burong Apai yang mengisahkan konflik kekeluargaan masa lalu antara bapa Siti, Roy dan adiknya Bob. Tapi, korang perasan tak, ada seorang chef wanita menegur Bob selepas dia bertengkar dengan Roy? Korang agak-agak dia siapa?

Kaamatan 2019 – Kinoulian

Ingat tak kisah Lorena yang nak pulang beraya ke kampung selepas 5 tahun ayahnya meninggal dunia? Haa..dalam episode Kinoulian ni, Lyann membuat cameo dengan menjadi boss kepada Lorena. Boss yang sangat understanding!

Raya 2019- Rendang SoRaya

Tadi kitorang suruh korang teka siapa chef wanita dalam episode Baju Burong Apai kan? Dialah Soraya! Kalau korang perasan, Bob pun ada di awal video mengingatkan Soraya supaya tak tertinggal flight. Masa kat pasar pulak, Soraya membeli santan di kedai Aunty Jayanthi dan anaknya Kumar!

Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2019 – UNI

Bertemakan persahabatan, filem pendek UNI yang mengisahkan dua orang pelajar iaitu Roger Buang dari Sabah dan Ridzwan dari Semenanjung ni mesti akan membuatkan korang throwback zaman belajar dulu. Haa..menariknya, ada ramai cameo yang membuat penampilan dalam video ni tau!

Perasan tak siapa yang hantar Roger ke universiti? Lorena! Lepas tu pulak, sekali imbas, korang akan ternampak Uncle Chong yang juga menghantar anaknya ke universiti yang sama. Alaa..Uncle Chong yang jual asam keping dalam Rendang SoRaya tu! Kumar pun muncul semula, sebagai sebahagian daripada jawatankuasa yang menyambut baik mahasiswa baru universiti itu.

Deepavali 2019: Thanggam

Ingat tak moment yang buatkan kita tersentuh bila nenek pegang muka Kumar dan panggilnya dengan panggilan ‘buah hati’. Awhhhh..Haa..dalam filem pendek Thanggam ni pulak korang akan jumpa ramai watak dalam siri #AnugerahKita antaranya Soraya, Uncle Chong, Roger dan kawan-kawannya dan semestinya Aunty Jayanthi yang berkunjung ke rumah Kumar dan neneknya sempena Deepavali!

Haa..mesti korang rasa macam nak tengok balik semua siri #AnugerahKita ni kan? Check this out:

#PETRONAS Tahun Baru Cina 2019 – HEART
#PETRONAS Gawai 2019 – Baju Burong Apai
#PETRONAS Kaamatan 2019 – Kinoulian
#PETRONAS Raya 2019 – Rendang SoRaya
#PETRONAS Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2019 – UNI
#PETRONAS Deepavali 2019 – Thanggam

Dengar cerita, PETRONAS nak keluarkan siri finale #AnugerahKita dan akan menampilkan watak dari episode sebelumnya..

Haa..dengar-dengar siri terbaru #AnugerahKita ni akan ada majlis perkahwinan besar-besaran. Korang rasa siapa yang akan berkahwin? Adakah Kumar dan Soraya? Yelah, dah selalu kena usik dengan Kumar pasal masuk merisik.. Ataupun Roger dan Jen? Ishh..tak sabarnya!

Kalau korang pun dah tak sabar dan nak tahu lebih lanjut, jangan lupa stay tuned di Facebook PETRONAS untuk sebarang update terkini okay!