berita

Rupanya, Ini Sebab Atlet Indonesia Tak Boleh Bertarung Dengan Hijab…

October 12th, 2018 | by faris
Kini Trending

Atlet judo wanita Indonesia bagi Sukan Para Asian, Miftahul Jannah terpaksa menarik diri dari pertandingan kerana berhijab. Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) menggugurkan kelayakannya dari acara itu dalam perlawanan menentang atlet dari Mongolia, Isnin lalu.

Keputusan berkenaan mencetuskan kemarahan ramai kerana beranggapan tudung tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada atlet masuk bertanding. Namun, apa rasionalnya di sebalik keputusan itu? Adakah ianya berkait dengan sentimen Islamophobia?

Hijab boleh merisikokan atlet

Netizen kemudiannya menyuarakan pandangan masing-masing berkenaan isu ini. Salah seorang netizen, Audrian Elvino menjelaskan sukan judo melibatkan teknik kuncian dan hempasan. Oleh itu, jika hijab ditarik, atlet berisiko untuk tercekik apabila bertarung.

Judo berasas grapple, grab & throw

Salah faham dengan pihak penganjur

Malahan, ada yang menyuarakan sebenarnya, pihak jurulatih sudah dimaklumkan atlet tidak boleh bertudung namun kerana mereka tidak memahami bahasa Inggeris, atlet bertudung tetap dihantar.

Turut menambah risiko adalah Miftahul bertanding bagi acara kecacatan penglihatan, sekaligus meninggikan risiko kecederaan. Jurulatihnya sendiri mengakui tidak memahami notis dikeluarkan pihak penganjur.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×