Perubahan fizikal penyanyi Awan Nano iaitu Hafiz Suip yang kelihatan semakin susut menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan peminat. Baru-baru ini, Hafiz Suip berkongsi foto bersama kapsyen memohon maaf mendapat perhatian netizen dan secara tidak langsung mencetuskan tanda tanya, adakah penyanyi ini tidak sihat?
Bukan itu sahaja, keadaan Hafiz Suip yang semakin kurus itu juga turut mendapat kritikan daripada netizen.
Body shaming
Jelas Hafiz Suip, dia menerima kritikan daripada netizen susulan perubahan fizikalnya yang semakin kurus. Pada masa yang sama, dia turut memohon maaf kepada semua kenalannya sekiranya berlaku sebarang konflik yang tidak diinginkan.
Body shaming, aku ingatkan perkataan ni untuk orang gemuk je. Rupanya orang kurus pun kena juga hidayat… Sebelum kita tidur jom kita bermaaf-maafan dulu. Saya maafkan korang semua baik tak kenal mahupun yang kenal. Macam-macam saya dapat hari ni mahupun yang baik atau yang buruk. Tak kisahlah korang nak cakap apa tentang saya tapi jangan libatkan orang lain mahupun keluarga saya. Cakap-cakap pasal saya ni dah biasa sangat gaiss, nama pun artis ye dok.. yeke artis?
Rupanya orang kurus pun kena
View this post on Instagram
Kurus sangat…
Sementara itu, meninjau di ruangan komen pada foto tersebut, rata-rata peminat mendoakan kesihatan penyanyi ini dan bimbang melihat perubahan fizikalnya yang semakin susut. Malah, ada peminat yang menasihati Hafiz untuk berjumpa dengan pakar perubatan Islam kerana khuatir terkena penyakit misteri.
Sumber: Hafiz Suip