berita

Rushing Dalam Perjalanan? Tak Sempat Nak Isi Perut? Jangan Risau Benda Boleh Setel Dengan Mudah Dan Selamat!

December 10th, 2020 | by Syakilla Marzuki
Shout Out!

Rasanya semua orang tahu yang Kedai Mesra tu dekat PETRONAS… Salah satu hentian yang korang selalu singgah untuk beli makanan atau minuman kalau tiba-tiba lapar atas jalan tu…

Ha, kalau korang nak tahu, sekarang korang dah boleh singgah membeli kopi atau roti dengan mudah je, dimana korang boleh membuat pembelian terus dengan lancar, mudah dan selamat. Nak tau macam mana? Jom admin share dulu! 

Deliver2Me melalui Aplikasi Setel

Macam yang korang dah tahu, aplikasi Setel bukan saja aplikasi yang digunakan untuk membuat pembayaran petrol secara langsung melalui telefon mudah alih, malah ia juga memperkenalkan ciri baharu iaitu Deliver2Me.

Setel sekarang menawarkan pengalaman pembelian yang lancar, mudah dan memaksimumkan keselamatan korang di stesen PETRONAS. Yelah, disebabkan pandemik sekarang, kalau boleh nak berjaga-jaga dengan mengurangkan sentuhan & interaksi fizikal di stesen.

Penghantaran terus ke kenderaan dan #LebihSelamatDenganSetel

Apa yang best lagi bila ciri Deliver2Me membolehkan korang sebagai pengguna Setel membeli barangan terpilih di Kedai Mesra dan dapat nikmati penghantaran terus ke kenderaan.

Ini adalah pembelian yang amat memudahkan, terutamanya untuk orang yang sentiasa sibuk on-the-go atau ibu bapa dengan anak-anak kecil. Korang pun tak perlu dah susah nak cari parking dan beratur untuk membeli barang yang korang nak dekat Kedai Mesra tu!

30 stesen di Lembah Klang, takde masalah boleh #SetelJe!

Bukan tu je tau, Deliver2Me juga boleh didapati di 30 stesen di Lembah Klang dan akan diperluaskan secara berperingkat ke stesen PETRONAS di seluruh negara. Banyak kan? Hm, tapi tak reti lah macam mana nak guna.. Jangan risau! Mudah je… Jom lihat gambar dibawah:

Ha senang kan? Dah la banyak pilihan untuk dipilih dengan mudah, duduk dalam kereta tekan tekan #DahSetel. Eh! Tapi tak bahaya ke kalau guna telefon bimbit dekat petrol pam?

Jangan risau! Ada panduan keselamatan dalam aplikasi Setel ni untuk korang guna telefon bimbit di stesen, korang mesti kena ikut tau! Jadi kena lah muat turun aplikasi Setel dan cuba ciri Deliver2Me ni.. Cukup mudah dan yang paling penting selamat!

Bukan tu je, bagi korang yang bukan area Lembah Klang, korang pun boleh kurangkan sentuhan dengan membayar petrol dari dalam kenderaan dengan Setel. Ia boleh didapati di lebih 1000 stesen PETRONAS di seluruh negara.

Nikmati ganjaran Kredit Setel RM15 sehingga RM300!

Eh jap! Ada lagi benda best ni.. Korang juga berpeluang mendapat ganjaran kredit Setel RM15* apabila korang share kepada 3 orang rakan atau family korang. Maksima jumlah yang korang boleh share adalah sebanyak 30 orang.

Jadi, korang akan diberi bonus tambahan sebanyak RM150 jika berjaya merujuk 30 rakan tersebut dan menjadikan jumlah ganjaran tu kepada RM300! Wow, bestnya! Jom tengok macam mana nak join:

  1. Klik pada ‘Lagi’ dan pilih ‘Rujukkan rakan korang’
  2. Kongsikan unik kod rujukan korang melalui WhatsApp, SMS atau di laman sosial.
  3. Dapatkan 3 rakan untuk mendaftar akaun Setel dengan kod rujukan korang dan menambah nilai minimum RM15 dalam satu transaksi.
  4. Tempoh promosi: 27 Okt hingga 31 Dis 2020

Easy gila! So, lepasni korang boleh kurangkan sentuhan semasa mengisi petrol di stesen PETRONAS ataupun kalau nak beli barang di Kedai Mesra.

*tertakluk kepada terma dan syarat

Jangan risau, #WeSetelForYou guys!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web Setel atau pun platform social media mereka iaitu Facebook sekarang!

SKIP THIS AD ×