
Pempengaruh dan pelakon, Ryan Bakery memasang hasrat untuk memakai pendakap gigi atau ‘braces’ bagi memperbaiki struktur gigi hadapannya yang tidak tersusun.
Artikel Berkaitan: Ryan Bakery Terima Banyak Gambar Wanita Tidak Senonoh, Syukur Tak Mudah Tergoda – ‘Saya Lihat Diri Di Cermin, Tak Lah Helok Mana’
Buat gigi

Ryan atau nama lengkapnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 30, berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keadaan gigi hadapannya yang tidak rata dan pernah mengalami kerosakan akibat kemalangan sebelum ini.
Gigi depan saya ini sedikit berterabur, tidak rata dan tidak cantik. Kalau perasan, keadaan gigi saya berlapik-lapik.
Bahagian depan itu pula adalah gigi tambak sebab saya pernah jatuh dan gigi depan saya patah.
Apabila guna gigi tambak, ia tidak akan kekal elok. Ada masa perlu buat pemeriksaan dengan doktor gigi untuk pastikan keadaannya.
Ryan berkongsi perkara itu usai menjadi tetamu di podcast Show Dalam Bilik yang bakal disiarkan di saluran YouTube OhBulan!.
Tambah Ryan, selain penampilan yang kurang kemas, keadaan itu juga menimbulkan ketidakselesaan termasuk kecederaan ringan di bahagian dalam mulut.
Saya juga ada gigi taring yang sudah pecah, pipi dan bibir adakala mudah terluka. Kadang-kadang anak saya bermain dengan saya dia terpijak muka saya, pun berdarah.
Meskipun sudah merancang untuk mendapatkan rawatan pergigian secepat mungkin, Ryan memilih untuk menangguhkan dahulu proses pemasangan ‘braces’ sehingga selesai beberapa komitmen kerja.
Saya rancangnya nak buat braces itu selepas habis semua komitmen kerja hujung tahun ini. Saya perlu habiskan dahulu kempen kerana kempen tersebut mahukan ‘look’ saya yang sekarang, sebelum buat gigi.
Nanti apabila sudah habis semua kempen, saya akan teruskan niat saya itu. Mana tahu tahun depan dah helok, ada pengarah panggil berlakon filem aksi.








