Pasangan Youtuber terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae dari DurianKimchi tidak asing lagi di platform media sosial.
Terbaru, nama Ryzal menjadi perhatian warganet sekali lagi selepas membawa Maryam yang kini sedang berbadan dua keluar dari rumah bagi menemaninya pergi bekerja.
Kesian tinggal seorang diri
Ryzal akui berasa risau dengan kondisi Mariam yang sedang sarat namun kesian untuk ditinggalkan berseorangan di rumah.
Justeru, dia membenarkan Mariam mengikutinya dengan kerelaannya sendiri tapi dengan syarat hanya duduk di dalam kereta.
Tiap kali saya keluar Maryam akan tanya, abang nak sayang ikut tak? Saya tak benarkan dia ikut risaukan kandungan dan kondisi badan dia tapi kesian pula tinggalkan dia keseorangan di rumah.
Saya bagitahu dia, boleh ikut tapi duduk dalam kereta jangan keluar, biar abang je keluar. Kesian isteri abang penat sampai tertidur tunggu abang selesai urusan kerja. Sejak kebelakangan ni asyik nak berkepit je. Dia nak tambah lagi satu agaknya kan.
Jangan sentuh dia
View this post on Instagram
Bagaimanapun, tindakan Ryzal menyentuh Mariam dengan menggunakan sarung tangan (glove) selepas selesai tuntutan kerja telah mengundang teguran daripada netizen.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ryzal mengusap-usap perut dan tangan Mariam yang sudah terlentok tertidur di kerusi penumpang sebelah kiri.
Rata-rata pengikut yang prihatin menegur Ryzal dengan menyatakan kelakuan itu merbahaya kerana dia datang daripada tempat awam yang terdedah dengan virus Covid-19.
@haidziro_lady_roger: Bahayanya… Duduk lah rumah. Awak keluar, balik kena mandi dulu baru jumpa Maryam. Kalau dia ikut, walau duduk dalam kereta, awak masuk kereta… sama ja. Semoga Allah lindung. Nauzubillah. Yang kita boleh cegah, kita cegah ya.
@mariana_malek96: Suruh Mariam untuk tinggal di rumah sebab dia risiko.. mengandung kan. Walau duduk dalam kereta, tapi bila Rizal dah habis jumpa orang, Rizal terus jumpa Maryam dalam kereta tu bahaya. Kalau boleh mandi dulu baru la jumpa Maryam.
@i.sha.8: Awak pakai glove tapi awak sentuh dia. Dah sanitize belum tu?
@josephinemichelle2: Tapi jangan sentuh dia. Virus ini menular. Awak tak dapat melihat. Begitu banyak yang berlaku yang kita dengar.
Sumber: Instagram @ryzalibrhm