
Pelakon dan aktivis teater, Sabri Yunus memberikan pandangannya mengenai isu pementasan teater sebuah universiti tempatan yang didakwa menonjolkan babak tidak senonoh.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sabri Yunus Beritahu Yang Mak Dia Suka Saya’ – Angeline Tan
Artikel Berkaitan: Tak Berani Ambil Risiko, Sabri Yunus Hanya Jawab Pertanyaan Isteri Sahaja – ‘Orang Lain Boleh Terus Tanya Kepada Ustaz’
Pandangan Sabri
Ketika ditemui OhBulan! Sabri atau nama lengkapnya, Muhammad Sabri Yunus, 65, menegaskan bahawa setiap seni yang dihasilkan perlulah seiring dengan syariat dan batasan dalam agama.
Kalau tak silap, saya pernah menonton cerita itu di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). Sudah banyak kali dibuat tapi ketika saya menonton tiada babak-babak seperti itu.
Berbalik pada kita orang Islam, apa pun seni kita, mestilah bersandarkan dan berlandaskan hukum-hakam dalam agama.
Walaupun seni itu dianggap bebas secara apa pun, tetapi dalam Islam ia akan tidak akan menjadi bebas.
Dalam masa sama, pelakon yang popular dengan watak Wan Ismail Golok itu memberi perbandingan di antara seni Barat dan juga Islam yang dilihat sangat berbeza dari sensitiviti masyarakat serta agama.
Sebagai contoh, kalau di Barat, pelajar akan melukis orang yang sedang berbogel di hadapan mereka. Melukis untuk seni dan mereka bebas.
Mereka melukis dengan tidak ada sebarang rasa rangsangan terhadap individu yang berbogel tadi. Mereka boleh buat, tanpa ada rasa apa-apa.
Hasilnya cantik meskipun tidak ada sebarang rasa, tetapi pada kita tetap tidak boleh kerana batas walaupun atas alasan seni. Pada saya, sama ada melukis, teater atau apa sahaja mesti ada kesedaran sendiri terhadap batas-batas itu.
Sabri berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Libang Libu yang berlangsung di GSC, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Khamis.
Mengulas tentang tindakan yang harus diambil terhadap individu yang terlibat, Sabri berkata perlu ada pendekatan yang berbeza daripada terus menghukum.
Mereka di universiti nak belajar, ada ilmu. Jadi haruslah dididik dan dihukum dengan ilmu juga.
Pada saya tak perlu menghukum pelajar, penganjur atau pihak fakulti. Tetapi masing-masing perlu ada kesedaran apabila berlaku kejadian seperti ini pada penganjuran akan datang.
Hukuman itu melemahkan. Mereka masih muda dan sedang belajar, jadi ia boleh menyekat kreativiti kerana mereka akan takut untuk berkarya
Terdahulu, tular sebuah persembahan teater yang memaparkan babak intim di atas katil sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.