Pelakon meningkat naik, Sadiq Jamil menjadikan aktor legenda Allahyarham Aziz Sattar sebagai inspirasinya untuk bergelar anak seni.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Dedah M Jamil Bahagia Dengan Perkahwinan Keempat – ‘Alhamdulillah Sangat Gembira & Kami Tak Ada Konflik Keluarga’

Artikel Berkaitan: Sarimah Bebas Kanser Usus, Pilih Amal Makanan Berkhasiat & Berasaskan Organik

Lakonan Aziz Sattar

Ketika ditemui OhBulan!, Sadiq berkongsi momen semasa dia melihat Allahyarham Aziz melakonkan babak air mata. Difahamkan arwah berkongsi set penggambaran bersama nenek Sadiq yang juga primadona terkenal, Datuk Sarimah Ahmad.

Sadiq yang baru sahaja berusia 12 tahun ketika itu terkasima dengan lakonan arwah lalu menanam azam untuk bergelar pelakon.

Saya tergamam tengok Pak Ajis berlakon. Dia gelak, kemudian tiba-tiba menangis. Satu kali ‘take’ sahaja dan satu kampung tepuk tangan. Saya terus rasa, saya nak jadi macam dia.

Dari kecil saya ikut ayah pergi ke set dan tengok nenek di kaca televisyen, tapi turning point saya bila tengok Pak Ajis sendiri di depan mata. Itulah detik yang buat saya betul-betul nak jadi pelakon.

Sadiq berkata demikian semasa lawatan media ke set penggambaran drama terbaharunya yang dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak baru-baru ini.

Kenangan waktu kecil

Menurut pelakon drama X-Change itu, dia menyifatkan dirinya sebagai seorang yang bertuah apabila dapat membesar di dalam keluarga seni dan melihat sendiri bakat-bakat luar biasa mereka.

Dulu rumah nenek memang selalu dikunjungi Pak Ajis, Pak Sudin dan lain-lain. Masa kecil saya tak sedar semua tu. Sekarang baru saya rasa sangat bertuah.

Sekarang bila tengok balik, saya sedar bukan semua orang dapat peluang tengok legenda-legenda ni beraksi depan mata sejak kecil. Itu jadi pembakar semangat saya sampai hari ini.

Dalam perkembangan lain, aktor berusia 27 tahun itu kini giat menjalankan penggambaran drama Puteri Kelas Atas yang berkisarkan tentang seorang puteri raja yang merahsiakan identitinya dan hidup sebagai pelajar biasa dia sebuah sekolah berasrama penuh.

Saya rasa hubungan dan keserasian kami dengan semua pelakon dan kru sangat baik. Walaupun dalam set saya bawa watak berat, di luar set kami selesa dan boleh bergelak tawa tanpa rasa kekok.

Selain Sadiq, drama ini juga membariskan pelakon-pelakon lain antaranya Azri Safix, Jay Iskandar, Mokhtar Mohsin, Saddiq Jamil, Razin Qidran, Shakimin dan ramai lagi yang bakal ditayangkan di platform Viu.