berita

Safee Sali Ceraikan Fitria Dengan Talak Dua

March 26th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Konflik rumah tangga bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali dan isterinya akhirnya berakhir apabila mereka sah bercerai talak dua, hari ini.

Artikel Berkaitan: Sebutan Pengesahan Lafaz Cerai Dijangka Berlangsung Esok, Isteri Safee Sali Rindu Anak

Terima dua lafaz cerai

Menurut Hakim Syarie Mohd. Fakhrurrazi Mahammad memutuskan demikian dalam prosiding pengesahan lafaz cerai selepas meneliti keterangan kedua-dua pihak.

Ujar Fitria Elfina Maharip selaku plaintif berkata, dia menerima dua lafaz cerai menerusi pesanan suara yang dihantar Safee, 40, menerusi aplikasi WhatsApp pada 11 Februari lalu.

Pesanan secara berasingan itu dihantar ke telefon bimbit anak kami kerana telefon saya sudah dirampas.

Lafaz itu adalah ‘saya lepaskan awak dan saya ceraikan awak’ dan ‘sekali lagi saya ikhlas saya ceraikan awak’. Pada waktu itu, saya dalam keadaan suci dan tidak mengandung.

Sementara itu, Safee memaklumkan dirinya dengan niat jelas dan terang hati melafazkan cerai berkenaan sebelum ini.

Saya ketika itu dalam keadaan tenang dan berfikiran waras tanpa dipengaruhi oleh sesiapa yang memaksa melafazkan talak berkenaan.

Kata-kata perceraian itu dibuat lebih daripada sekali supaya ‘terang’ dan saya turut menghantar pesanan suara itu kepada abang ipar yang juga wali bekas isteri.

Mohd. Fakhrurrazi dalam penghakimanya berkata, mahkamah mengesahkan penceraian itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Dua lafaz talak yang dibuat defendan pada pukul 12.57 tengah hari dan 1.01 petang di luar mahkamah sebelum ini adalah sah.

Dalam mahkamah berasingan, sebutan semula kes tuntutan nusyuz oleh Safee sebelum ini ditetapkan pada 20 April depan.

Terdahulu, Fitria Elfina turut memfailkan tuntutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dan mendedahkan sudah lebih sebulan tidak menemui dua anak selepas diambil Safee ketika ketiadaannya di rumah

Sumber: Kosmo

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×